Assalamualaikum.....
sekarang ni tiap2 petang hujan. biasala bila hujan mula la asyik nak makan je. ada je bende yang diisi kat dalam perut. sesekali rajin yong melanda....tapi x de la serajin orang lain. yang simple2 je. ini yong buat kek pisang kukus. resepi ni yong dah try dlm 2 situasi....kukus dan bakar. yong suka lagi bakar sebab warna dia lagi cantik. terpulang la ya. coklat cip tu saja je tambah. kalau nak bakar sebiji gaul je coklat tu dlm adunan
ini yang belum dibakar lagi......tengah tunggu giliran masing2. berdebar2 tu nak masuk dlm kukusan....hihihi. sebab terlebih rajin yong buat kecik2.....comel je kan. lagipun abang yong ngade2 skt......x mo yg potong2. ikut je lah. lagipun ini kek kegemaran dia. kita pun tentu nak kan air tangan kita digemari suami ngan anak2kan.
yang ini dah siap dikukus. dah masak pun. comel sangatkan. rasa nak ngap terus je kan.....sabar dulu, panas lagi tu. kalau mcm ni comel2 nak bawa pergi rumah kenduri atau saudara mara pun bestkan. k lah, kita stop membebel.....kita check resepi dulu. lupa lak nak berterima kasih kat my bonda sedara yg ajar resepi ni
KEK PISANG KUKUS
1c pisang emas (patah2 dlm cawan je)
4bj telur
1c gula
1c minyak jagung
1st soda bikarbonat
1st baking powder
2c tepung gandum
1st ovellate
##### guna blender je ya######
~blend telur +gula+ovellate
~masukkan pisang
~ayak tepung dgn soda dan baking powder
~tuang bahan blend ke dlm tepung tadi
~masukkan minyak
~gaul guna spatula sahaja
~boleh kukus atau bakar ya
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment