Translate

Pengikut

Sunday, 21 May 2017

TART NENAS

Assalamualaikum 
Syukur Alhamdulillah masih diberi ruang bernafas hari ini

Makin sibuk kita mengira hari
Ramadan makin hampir
Syawal pun memampirkan diri

Rasa macam dok terdengar dah lagu rayakan
Mesti ada yg dah siap pun persiapan raya walaupun puasa belum lagi
Hehehe

Toksah dok kata orang la kan
Yong pun dah mula sibuk dengan biskut
Aahaaaa... Yang atas tu tart gulung nenas
X bergulung lagi
Saja la tayang yang belum gulung

Gitu la cara yong buat
Sehari gentel jem je
Lapis2 dalam tupperware besar
Tapi jangan lupa lapis plastik ya antara setiap lapisan

Sehari lagi tarik doh je
Yang ni boleh buat 3 orang kalau nak cepat
Sorang tarik dok
Sorang boh inti
sorang gulung dn susun
Last nanti sapu telur
Boleh la bakar

Akhir kata
SALAM RAMADAN buat semua
Mohon maaf atas segala kesalahan

Sunday, 16 April 2017

TEMPAHAN BAJET


PROJEK SEDEKAH MASJID

Assalamualaikum
Syukur Alhamdulillah
300 bj mini benggali
Order dari sebuah pusat pengajian agama.

Ini untuk acara gotong royong membersihkan masjid dan tempat pengajian

Roti ni depa makan dengan bubur kacang
Depa buat sendiri...

Kami boleh sediakan kalau anda mahu
Rm2 utk roti dan bubur kacang atau kari
Serendah 50 set kami terima

Kalau berhajat atau berminat
Wasap kami... 01136286369
Insyaallah kami tunaikan



Wednesday, 12 April 2017

TEMPAHAN BAJET

Assalamualaikum
Salam menjemput rezeki
Syukur masih diberi kesempatan berkongsi minat dan peluang

Roti krim dan bahulu bajet untuk sek keb jawang
Untuk sukan sekolah hari ini
Terima kasih mempercayai kami

Roti krim ni memang selalu menjadi pilihan
Bukan kerana harganya yang murah tapi rasa krim dan rotinya
Rm 0.70 sen je sebiji
Krimnya bukan krim macam letak pada kek
Krimnya dari mentega dan gula
Lemak manis dan masin rasanya
Bergabung dengan roti yg lembut
Memang memikat

Bahulu bajet ni memang dah top
Alhamdulillah ramai yg dah kenal
Rm1 sebiji
Lembut manis secukupnya

Jadi kalau ada yg berminat untuk apa2 majlis boleh hubungi kami
Nak sedekah kat masjid boleh
Nak kenduri boleh
Nak apa pun boleh

Wasap kami... 01136286369

Friday, 3 March 2017

DOORGIFT ROTI KERING


Assalamualaikum 
Nak promote doorgift baru dari kami si SAZS DELIGHT

jika anda mencari doorgift yang 'rare' untuk tetamu anda... 
Kami menyediakan set ROTI KERING ORANG KITA sebagai alternatif terbaik untuk tetamu anda

Roti ini adalah salah 1 produk terbaik kami. 
Seharusnya yang terbaik juga untuk tetamu anda

Kami juga insyaallah mampu memberikan harga yang terbaik untuk anda. 
Semestinya anda akan berpuas hati menerimanya

Ini adalah salah satu contoh pakejing yang diminta oleh pelanggan kami
Insyaallah kami cuba penuhi kemahuan anda. 

01136286369...
Boleh call atau wasap kami
Terima kasih

Tuesday, 13 December 2016


BAHULU BAJET

Assalamualaikum 
Yong cuma nak bagitahu yang harga kami masih sama iaitu rm1 sebiji bahulu
Selagi tiada perubahan pada harga gula insyaallah kami masih kekalkan harga tersebut
Segala yang kami mampu adalah untuk kepuasan dan kesenangan pihak pelanggan kami 
Doakan kami masih terus bertahan dan diberi rezeki untuk menyenangkan anda semua
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui telefon,  mesej mahupun wasap
01136286369




Thursday, 15 September 2016

BAHULU BAJET RM1

Assalamualaikum
Allahu...bukan setakat bersawang tapi dah penuh lalang rumah kecik ni..
Lama sungguh yong tinggal...

Nak la cerita...
Kami masih terima dan tetap terima tempahan untuk bahulu bajet rm1 ni

Harga tetap sama...RM1 jugak
Untuk kome2 la jugak
Puas hati bagi sebiji kat tetamu yg datang majlis

RM 1....
Ngapenya...x caya ke
Ia...rm1 je pun

Kalau ragu2 meh wasap atau call yong
01136286369...
Try la....

Thursday, 23 July 2015

BAHULU PECAH 8...SET BAHULU SAMPLE

 Assalamualaikum
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin

macam mana raya sahabat semua
yong sederhana sahaja
patang bakar lemang pun yong masih berniaga
nak buat macam manakan
 
awal2 dah gambar bahulu yek
macam biasa bengkel mula beroperasi hari ini setelah sebulan berhenti operasi
hari ni set bahulu sample untuk customer2 kat ipoh, kuala kangsar dan tasek
yong akan beri bahulu sample untuk mereka rasa andai mereka minta
ada juga yang x mau sample sbb kata mereka dah rasa masa kenduri org lain
 anda perasan tak ketebalan bahulu pecah 8 ni
saiznya tetap sama cuma ketebalan yang membezakan harga
yg tebal tu biasa yong jual rm2 sebiji
yg nipis tu rm 1 sebiji
 yg tebal tu lebih gebu
yg nipis tu budget la
 kalau ada yang berminat untuk kegunaan majlis anda
boleh hubungi yong
01136286369
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MP3