Translate

Pengikut

Showing posts with label PRODUK SYAZS DELIGHTS. Show all posts
Showing posts with label PRODUK SYAZS DELIGHTS. Show all posts

Sunday, 20 August 2017

BAHULU BAJET RM1

Assalamualaikum
Ermmm....semerbak bau bahulu panas ni
Cicah kopi pagi2 macam ni sedapnya kan

Saja nak cerita pasal akak seorang ni
Kak ikin kami panggil dia
Nama glamer kat fb "puteri bunian"

Semalam dia usaha juga untuk sampai ke bengkel kami
Dah lama sangat dok teringin nak makan bahulu panas2 keluar dari oven
Haaa....layan kan je
Bukan banyak mana pun dia larat makan
Dia pun tak berapa sihat lagi tu
Baru lepas kemalangan

Jadi sesiapa yang berdekatan tu sudi2 la singgah
Ada rezeki bahulu ...kita makan bahulu
Ada rezeki roti...kita makan roti

Janji rezeki Allah tu rahsiaNya
Membuatkan orang seronok dan tersenyum walaupun sebiji roti mahupun sebiji bahulu pun
Dah dijanjikan terbukanya pintu rezeki dariNya

Syukur selalu
Insyaallah berkat

01136286369...wasap / call kami

Wednesday, 12 July 2017

BAHULU BAJET RM1

Bismillah.... 

Hujan lebat petang ni
Yong dalam perjalanan balik ke rumah masa ni
Pagi tadi kami siapkan bahulu bajet ni

Tempahan dari Munirah ni dia nak kami Masukkan terus bahulu ke dalam beg plastik bunga tu
Biru warna pilihan dia

Bahulu macam biasa rm1
Dengan plastik begitu rm1.30
Memudahkan tuan rumah
Tak pening nak siapkan bungkusan lagi

Macam biasa tempahan terus kami terima
01136286369

Sunday, 21 May 2017

TART NENAS

Assalamualaikum 
Syukur Alhamdulillah masih diberi ruang bernafas hari ini

Makin sibuk kita mengira hari
Ramadan makin hampir
Syawal pun memampirkan diri

Rasa macam dok terdengar dah lagu rayakan
Mesti ada yg dah siap pun persiapan raya walaupun puasa belum lagi
Hehehe

Toksah dok kata orang la kan
Yong pun dah mula sibuk dengan biskut
Aahaaaa... Yang atas tu tart gulung nenas
X bergulung lagi
Saja la tayang yang belum gulung

Gitu la cara yong buat
Sehari gentel jem je
Lapis2 dalam tupperware besar
Tapi jangan lupa lapis plastik ya antara setiap lapisan

Sehari lagi tarik doh je
Yang ni boleh buat 3 orang kalau nak cepat
Sorang tarik dok
Sorang boh inti
sorang gulung dn susun
Last nanti sapu telur
Boleh la bakar

Akhir kata
SALAM RAMADAN buat semua
Mohon maaf atas segala kesalahan

Sunday, 16 April 2017

TEMPAHAN BAJET


PROJEK SEDEKAH MASJID

Assalamualaikum
Syukur Alhamdulillah
300 bj mini benggali
Order dari sebuah pusat pengajian agama.

Ini untuk acara gotong royong membersihkan masjid dan tempat pengajian

Roti ni depa makan dengan bubur kacang
Depa buat sendiri...

Kami boleh sediakan kalau anda mahu
Rm2 utk roti dan bubur kacang atau kari
Serendah 50 set kami terima

Kalau berhajat atau berminat
Wasap kami... 01136286369
Insyaallah kami tunaikan



Wednesday, 12 April 2017

TEMPAHAN BAJET

Assalamualaikum
Salam menjemput rezeki
Syukur masih diberi kesempatan berkongsi minat dan peluang

Roti krim dan bahulu bajet untuk sek keb jawang
Untuk sukan sekolah hari ini
Terima kasih mempercayai kami

Roti krim ni memang selalu menjadi pilihan
Bukan kerana harganya yang murah tapi rasa krim dan rotinya
Rm 0.70 sen je sebiji
Krimnya bukan krim macam letak pada kek
Krimnya dari mentega dan gula
Lemak manis dan masin rasanya
Bergabung dengan roti yg lembut
Memang memikat

Bahulu bajet ni memang dah top
Alhamdulillah ramai yg dah kenal
Rm1 sebiji
Lembut manis secukupnya

Jadi kalau ada yg berminat untuk apa2 majlis boleh hubungi kami
Nak sedekah kat masjid boleh
Nak kenduri boleh
Nak apa pun boleh

Wasap kami... 01136286369

Friday, 3 March 2017

DOORGIFT ROTI KERING


Assalamualaikum 
Nak promote doorgift baru dari kami si SAZS DELIGHT

jika anda mencari doorgift yang 'rare' untuk tetamu anda... 
Kami menyediakan set ROTI KERING ORANG KITA sebagai alternatif terbaik untuk tetamu anda

Roti ini adalah salah 1 produk terbaik kami. 
Seharusnya yang terbaik juga untuk tetamu anda

Kami juga insyaallah mampu memberikan harga yang terbaik untuk anda. 
Semestinya anda akan berpuas hati menerimanya

Ini adalah salah satu contoh pakejing yang diminta oleh pelanggan kami
Insyaallah kami cuba penuhi kemahuan anda. 

01136286369...
Boleh call atau wasap kami
Terima kasih

Tuesday, 13 December 2016


BAHULU BAJET

Assalamualaikum 
Yong cuma nak bagitahu yang harga kami masih sama iaitu rm1 sebiji bahulu
Selagi tiada perubahan pada harga gula insyaallah kami masih kekalkan harga tersebut
Segala yang kami mampu adalah untuk kepuasan dan kesenangan pihak pelanggan kami 
Doakan kami masih terus bertahan dan diberi rezeki untuk menyenangkan anda semua
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui telefon,  mesej mahupun wasap
01136286369




Thursday, 23 July 2015

BAHULU PECAH 8...SET BAHULU SAMPLE

 Assalamualaikum
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin

macam mana raya sahabat semua
yong sederhana sahaja
patang bakar lemang pun yong masih berniaga
nak buat macam manakan
 
awal2 dah gambar bahulu yek
macam biasa bengkel mula beroperasi hari ini setelah sebulan berhenti operasi
hari ni set bahulu sample untuk customer2 kat ipoh, kuala kangsar dan tasek
yong akan beri bahulu sample untuk mereka rasa andai mereka minta
ada juga yang x mau sample sbb kata mereka dah rasa masa kenduri org lain
 anda perasan tak ketebalan bahulu pecah 8 ni
saiznya tetap sama cuma ketebalan yang membezakan harga
yg tebal tu biasa yong jual rm2 sebiji
yg nipis tu rm 1 sebiji
 yg tebal tu lebih gebu
yg nipis tu budget la
 kalau ada yang berminat untuk kegunaan majlis anda
boleh hubungi yong
01136286369

Friday, 12 June 2015

BAHULU KEMBOJA BUDGET RM1

Assalamualaikum
Ya Allah lama sungguh x singgah kat rumah kecik ni
kami ada dan insyaallah sentiasa ada
cuma batasan waktu dengan kerja2 yang ada membataskan waktu menziarah ke sini

untuk entri pertama tahun 2015 ni...
yong belanja gambar2 bahulu kemboja

yong terus dan masih terus menerim tempahan bahulu kemboja ni
tahun ini kami lebihkan produk bahulu kemboja budget
harga yang kami tawarkan cuma rm1 sebiji
paling jimat
ketebalan hampir satu inci
masih gebu dan lembut

ok...layan dulu beberapa keping gambar ni ya
segala pertanyaan boleh wasap/mesej 01136286369


Saturday, 3 May 2014

TEMPAHAN MEE DAN BIHUN


ASSALAMUALAIKUM

apa khabar semua? 
dah siap sembahyang maghrib ke?
entah la kenapa line internet ni masalah sekarang
usahkan nak bukak blog nak menulis, nak komen2 kat fb pun seksa ya rabbi
ni dari petang tadi on nak masuk gambar...ni baru blh

hari ni cuma nak tayang gamba2 projek minggu ni
rezeki minggu ni hanya menerima tempahan mee dan bihun 
alhamdulillah...rezeki dari Allah
mai kita layan gambar2 ni ya



yang ni mee goreng untuk mereka yang bekerja pasang khemah dan rewang pagi sebelum majlis tahlil dan doa untuk Arwah Inspektor Zulkifli yang meninggal di Lahad Datu tahun lalu.
kami berjiran di sini....rumah lamanya di ipoh
sekarang rumah tu dah jadi homestay
tapi isteri dia masih balik kesini dah buat kenduri untuk arwah


ini pulak untuk tetamu pada mesyuarat sebelum kenduri rumah kawan


ini masih gambar kenduri arwah Insp Zul


ini pulak untuk majlis hari lahir pelajar pra sekolah
x banyak pun dalam 3.5kg je
kata cikgu...jangan pedas ye


bihun ni ada seseorang oder untuk apa majlis pun x tau
dia cuma kata ada majlis sikit
x kisah lakan sebab dia dah letak duit dahulu...hehehe

ni yang dah siap goreng...15kg semuanya
nak patah bahu jugak la


semua yang nak kena packing adalah 150 pek
berpeluh la kalau nak buat sengsorang
apa pun alhamdulillah

kalau nak tempah boleh je...tepon no ni 0124750120 tapi yg dok sekitar ipoh dan berdekatannya

Saturday, 1 March 2014

TEMPAHAN ROTI...BUN KAYA DAN MINI PIZZA


Selamat petang kawan2...panasnya cuaca kebelakangan inikan
sakit kepala dah tentulah
nak makan pun selera berkurangan tapi masalahnya badan juga mau kurus...hehehe
kita layan gambar2 roti/bun ni lah ya
ini tempahan dari sekolah menengah Poi Lam Ipoh untuk murid2 melayu dan cikgu2
x banyak pun dalam 200 biji je.
hari ni depa ada buat acara merentas desa.
mengapa murid melayu????...sbb ini sekolah cina


ini mini pizza yang belum dibakar lagi
nampak gebu x?...puji sendirikan


yang ni pulak bun kaya
dua jenis je buatnya pun sbb itu yang deme nak...kita ikut je


haaa....yang ni baru keluar dari oven...panas lagi
tapi time ni la kalau teringin nak makan pun.
bila sejuk rasa dah x best pulak...
angah dgn abg pun makan masa panas je...dah sejuk semua pandang2 je
setiap tray ada 20bj
sekali bakar yong masukkan 3 tray je wpun oven yong blh muat 9tray


yang ni satu tray blh isi 15 biji je...sbb nak bagi ruang dia mengembang dgn cantik
ada yang teringin ke?


mai...mai...rapat2
kita tengok dekat2


berimpit2 sementara tunggu di packing




semua ni dah siap packing untuk diambil oleh tuannya
kalau anda berminat untuk sebarang majlis dan acara boleh cari yong
murah dan sangat berbaloi
byeeeeee

Sunday, 16 February 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MP3