Translate

Pengikut

Tuesday 25 December 2012

LATA ISKANDAR

Assalamualaikum......
Lama juga x menulis kat sini.....sibuk sikit. Maklumla cuti  sekolah ni. Banyak aktiviti jalan2 keluarga. Kali ni pun nak sembang pasal jalan2. Kita mula dengan lepak2 santai kat Lata Iskandar, Tapah Perak ye
        Kalau datang ke Perak....especially Ipoh boleh la datang kesini. Sampai ke Tapah, cari la jalan menghala ke Cameroon Highland. Walaupun jalannya umpama ular kena palu tapi berbaloi bila sampai kat sini. Airnya yang sejuk sampai ke tulang dan pemandangan yg amat cantik. Ya Allh.....bila pijak je air tu automatik sampai ke tulang rasanya. menggigil satu badan punya.

          Lawa x?.....Menggodakan tengok airnya. Bagi yang biasa lalu highway menghala ke utara tu akan nampak jugak air terjun macam ni....tapi yang tu LATA KINJANG. Tak sama tempatnya walaupun x berjauhan sangat. Ada 3 tempat air terjun kat Tapah yg terkenal iaitu LATA KINJANG, KUALA WOH DAN LATA ISKANDAR.....x rugi pada yg suka mandi manda.Ramai yang x sanggup mandi kat sini sebab sejuk.
          Pada yang berminat dengan fotografi.....banyak benda dan tempat untuk di ambil gambar. Yong ni x de camera canggih macam org lain.....ini je yang mampu disnap dek camera tu. Abang yong yang tangkap gambar2 ni. Yong ngan anak dah sejuk bedi dlm air, dia x habis lagi menangkap gambar. Gambar2 ni abg yong tangkap di bahagian atas air terjun tu. Jangan risau,.....bukan panjat kut air, ada tangga kat tepi tu tuk kita naik ke atas. Ketor jugak la kepala lutut kalau x cukup stamina. Tercungap jugak la Yong ni.....hahaha. Maklum la Yong ni jarang excercise.......
        Kat sini ada tempat kalau nak sembahyang pun. ada jugak orang jual makanan. Jadi bila dah berendam dan perut lapar x yah susah hati. Kalau yang rajin tu boleh la terus ke Cameroon Highland. X jauh dah. Malam ni Yong nak tayang gambar makanan yang sempat yong masak. Tapi resepi tuk ikan asam pedas tu yong dah masukkan dulu.....layan gambar je lah ya
                                                     

                                                  1/ TAUGEH GORENG BERKICAP
                                                

                                                2/ DAGING KUNYIT SPECIAL
                                                    

                                                3/ ASAM PEDAS KAK NORA


                Sori la yek......layan gambar dulu. esok2 yong masukkan resepi daging ngan sayur tu. Tapi kalau x tulis pun ramai yang dah taukan......cuma cara masak daging tu special sikit resepinya. Ini resepi my hubby.....bujang Yong pun dah pandai buat ni. Jamin terbaekkkkkkk. So...tunggu ya. Sampai sini dulu malam ni.
      Assalamualaikum semua.....bye         

Friday 7 December 2012

SALAD SIMPLE

Ahaksssss........
    Assalamualaikum........
    Sape suka.....sape suka
    Menu paling simple dalam hidup. Sesape saje boleh buat. yang penting sedap dan cantik
    Baru baru ni yong pergi jalan jalan kat Cameron Highland. Memandangkan yong dok Ipoh jadi dekat la nak ke Cameron Highland tu....dlm 45mnt dah sampai Kg Raja Cameron. Ikut Simpang Pulai senang . Kalau anda dari utara atau selatan exit kat Simpang Pulai Ipoh......traffic light ambik kanan. Lepas tu ada satu lagi traffic light pun ambik kanan juga......teruslah perjalanan anda ke Cameron Highland. Sampai traffic light pertama kat atas bukit tu ambik kanan juga....kalau anda terus ke depan bermakna terus ke Gua Musang.....begitu la sebaliknya yeee.....
     Cameron Highland, biasalah terkenal dgn sayuran, teh n bunganya. Yong kalau pergi mmg x beli la sayur yg jual 8bungkus rm10 tu. Jenis2 tu boleh cari kat mana2 kedai kat bawah. Biasanya yong beli asparagus, jenis2 salad yg kita potong terus dr pokoknya, strawberi dan cendawan. Kalau buah....yong suka rock melon, epal cameron, jagung pun ok tapi hati2 ya. Byk kat atas tu jagung dr ipoh. Ada penjual tu ajar cara nak kenal jagung ipoh ngan cameron punya. Yang dari ipoh bulu jagungnya kuning...yang cameron punya...bulunya putih.
     Banyak beno citer hal cameron. Lain kali kita sambung ya. Yong buat salad simple je dari sayur yang yong beli hari tu. check resepi ye......hihi

SALAD SIMPLE

>apa jua jenis sayur
(yong guna....kobis ungu, kobis putih, tomato ceri, daun salad, kentang kecil)
>daging yg dibakar (perap dgn lada hitam n garam je)
>minyak zaitun
>lada hitam tumbuk
>garam
>perahan lemon

~satukan minyak, garam, lada hitam n perahan lemon
>tuang atas salad tadi
> sedia dinikmati


Thursday 6 December 2012

HENTIKAN SESALMU

HENTIKAN SESALMU

Mati telah jiwa ini

kerna dustamu

tak perlu lagi dirayu

hentikan sesalmu

semua telah kukubur

kutanda dengan kalimah

Kau khianatiku

~~danhayati~~
061212 12:30am    

BENGKANG DURIAN


     Wakakakakakakkaakaaaaaaaaaa............................
      Hehehe, ada yang meroyan air liur x?. kenei ke kuih pe ni.
ehem...ehem....dengan bangganya yong persembahkan BENGKANG DURIAN tuk kali ni.
sejujurnya kan, inilah kali pertama buat kuih ni. tapi amat suka makan kuih ni. sedap, lemak, manis, wangi dan segalanya lah. oh! benar2 menggoda
      Resepi ni yong belajar dari mak sedara yang amat suka memasak. boleh la sesapa yang sudi jenguk2 blog dia CHUMAH.BLOGSPOT.COM. macam2 ada weiiii kat blog dia. dia yang galakkan yong menulis blog ni.
      Memandangkan sekarang ni musim durian dan orang tengah gilakan crepe durian, kita bakar je lah bengkang ni. jamin 100% sedap.ni kan resepi orang lama2 dulu....kita belajar la buat semulakan.senang sangat pun. berani cakapla, bila dah buat post kat fb, tengok maklumbalas macam mana. yong dah cuba, tau la dasyatnya.
       K, mai kita check resepi simple ni

BENGKANG DURIAN

3c isi durian
3c santan (agak pekat)
1c gula
2 1/2 c tepung gandum
1 biji telur
1st garam
pewarna kuning

>satukan durian, gula, telur, garam,santan
>sebatikan ya
>masukkan tepung sedikit sedikit
>pastikan sekata dan masukkan pewarna
>panaskan oven 160'c
>lapik loyang ya
>tuang adunan dan bakar
> 160'c selama 1jam 15minit......@ sampai masak
<bergantung ya pada oven masing2>
>sejukkan baru potong

Sunday 2 December 2012

ASAM PEDAS KAK NORA


Assalamualaikum........
       Ada yang x tido lagi ke? meh teman yong menulis time2 gini. rajin la konon2nya. abang yong udah lama lena. dia suruh yong tido tapi mata x mau lelap lak. baik kita sembang pasal menu la

       Ada yang terliur x?.......ni namanya resepi bidan terjun sebab bahan x cukup. jangan ada yang cebik bibir udah. ye la resepi x cukup bahan la katakan. pada yang dah biasa....tagline yong..."yang simple2 je....mudah, murah tapi sedap". yang nak makannya kita. jangan la kata ngape sombong beno ayat yong hari ni.....hihihi

      Bujang yong si Syazwan tetiba je nak makan asam pedas tumis stail orang Johor. lepas ke Johor pulak kita ya....ada sejarah resepi ni. nak tau ke?????? ye lah, yong citer je. dulu yong ada jiran dr Johor...namanya Nora dan Wahub. Nora ni nama dia Norasidah...kawin pulak dgn Abdul Wahub. hahaha, mesti senyum kan, macam citer P Ramlee tu. itu la jodoh namanya.
       
     Udah mula melalut yong ni...di pendekkan citer, kak Nora ni yang ajar yong resepi ni....yong jamin TERBAEKKKKKKK. insyaallah sedap andai diolah dengan betul ya. ikut la citarasa keluarga kita. lauk pauk ni boleh di ubahsuai sikit.

       Sebenarnya boleh guna ikan apa pun. ikut apa yang kita ada, jangan pening2kan kepala ya. Yang ni yong guna ikan talang. bukan talang masin tau....talang fresh. pancing sendiri lagi kat pulau 9 pangkor. yong suka memancing tau.... apa x caya???????

     Ahaaaaaaa...........ada  yang kenal ke? ni secara rasminya nak kenalkan tuan punya diri. masa ni tgh mancing ikan talang la ni. atas bot tgh laut ni. ada sesape yang suka mancing x? mana tau esok2 blh join sama

     resepi ni sedap kalau ada bendi dan tomato.....maveles beb. sebab x de dan malas nak ke kedai kita masak je apa yang ada ya. yang penting kena ada ikan ye...hehehe. okey, kita check resepinya sekarang

ASAM PEDAS KAK NORA WAHUB

1 ekor ikan talang (600gm)
20 tangkai cili kering (rebus)
2 bj bwg besar (yg besar...kalau kecik tambah ya)
3 ulas bwg putih
1/2 inci halia 
1 inci kunyit hidup (blh serbuk)
sdkt belacan
2 kpg asam gelugur
2 btg serai
bendi
tomato
daun kesom
air asam jawa
garam
gula

>blender cili, bwg besar, putih, halia, kunyit hidup, 1 btg serai, belacan
>tumis sampai masak ya.....pecah minyak 
>ketuk lg 1 btg serai....masuk dlm tumisan
>masuk juga asam keping dan daun kesom
>masak, tambah air secukupnya
>masukkan ikan, garam, gula,bendi
>sudah secukup rasa masuk tomato
> tutup api ler....
>air asam tu tambah kalau x cukup masam

~~mesti balance antara masam, masin, pedas
~~bahan boleh adjust ya
~~bwg kena byk sebab kuat nak pekat
~~try ya.....lalalalalalal      

Friday 30 November 2012

menanti pelangi


MENANTI PELANGI

Hujan

titismu mengisi kolam rinduku

menghadirkan pelangi di kaki remang cahaya panas kasihku

mewarnakan senyum dengan tempias rintik cintamu

walau tak tergapai tuk kugenggam indahmu

percayalah

di sini aku

penanti yang menanti dan memerhati

indahnya cahaya di dada langit hatimu

 

~~danhayati~~

231112 23:00

 

Wednesday 28 November 2012

SEAFOOD AGLIO OLIO SPAGETI

ahaaaaaaa............

walawehhhh........

x sangka gak rupanya ada yang sentiasa menunggu post2 baru dari yong. maklumla kan , yong ni orang yang baru2 belajar berblog ni. tapi itu lah pembangkit semangat. terima kasih ye pada sesape saje yang dok ikut blog ni secara x langsung

super simple tuk kali ni. mana pandei buat yang susah2kan. yong ni berniaga jadi kena masak yang simple2 je.yang penting sedap. ni menu breakfast tah hari apa, dah lupa. dalam 15minit dah blh hidang. dlm 5minit dah blh settle.....hehehe. try la kalau x caya. disebabkan oleh itu maka sembg kita hari ni pun pendek je. boleh la layan "seafood aglio olio spageti"....fuhhhhh nama x boleh blah punya. kahkahkah

SEAFOOD AGLIO OLIO SPAGETI
(tuk 3org)

125gm spageti
4ekor sotong
9ekor udang
3 ulas bawang putih(cincang)
1st lada hitam (hancurkan)
1bj cili masak(cincang)
daun sup(cincang)
garam
minyak zaitun

>rebus spageti (jgn lembik ya).
#jgn lupa letak garam dlm air rebusan tu ya#

>panas minyak zaitun
>tumis bwg putih.....garing
>masuk udang ngan sotong
>masuk lada hitam ngan cili
>masuk spageti ngan garam
>masuk daun sup.....tutup api
> blh hidang

Tuesday 27 November 2012

PENGHUJUNG LIKU

PENGHUJUNG LIKU

Tika remang senja menghampiri

kaki langit semakin kelam

bayang malam mendatang

menutup kisah duka hari semalam

di sini aku memandang dari kejauhan

kuhitung detik detik hari semalam

yang telah berlalu tanpa alasan

di sini jua aku

temui penghujung lkunya

yang selama ini aku teraba sendiri

tahu ada sesuatu dalam kelam itu

gagauku yang tak terasa

lontarku yang tak mengena

kini aku sedar

sedar tentang khilaf diri

sedar tentang harga hati

sedar tentang penamatnya begini

terima kasih wahai diri

kerana amat memahami sendiri


~~danhayati~~

271112 20:42

Saturday 24 November 2012

Morning....morning....morning
     Wa.....ini olang talak boleh pakai ooooo. pagi2 lagi sudah tayang itu gambar buah.
     Hehehe, baru kul 10:16am, yong share gambar buah ni. kenei ke kome buah apa ni. masam weiiiiii......sampai kerut muka, terpejam mata gigitnya. Tapi toksah dok tipu ler....ramei yang meleleh ayor lior nengoknye. ha....ha....udah meleleh ke pipi....hehehe. aje ngecorkan lior nengoknya.
    Ini kampung punya, muda camni masam x blh nak citer. wow.....tolong, nuleh ni pun dah dok nak kesat mulut. Memasing tolong jaga mulut ya......ya ampun. Tapi bila masak pun idok la manis bebebo macam yang siam punya. Masam2 manis tu yang buat sedap tu. Ngape yang siam tu manis beno pahtu beso ngan bujur buahnya. Yang kampung ni elok je bulat ngan comel je.
    Buah ni yong ngambik kat pokok belakang rumah jiran mak kat kampung. Pokoknya kemain lagi beso....buahnya 2 tangkei je. Punya la Yong nenang dari dahan ke dahan....ropenya terselit 2 tangkei. Bukan pe, adik ipor Yong ngandung, tentu suka buah2 asam ni. Jadi le buat lepas kempunan kata orang. Jangan pulak ada yang ngandung kat sini nak ye....mana lagi yong nak cekoh. La ni musim doyan, moktan dan seangkatan la. Yang tu boleh la diusahakan
     Kome ade dak kenangan ngan buah ni masa kecik2 dulu. Dulu, lepas balik sekolah, kami ngambik buah ni, bubuh garam siap2 atas tapak tangan pastu nyicah. sekali gigit terasa la masam campur masinnya. Terlompat2 nahan masam.....tapi nikmat oooo. Tu dedulu le, cer buat gitu gini hari, buruk beno ropenya. Pastu ramai2 g mandi sungai. Bila dah makan buah ni kumur pulak ngan air sungai, kelat je rasa mulut.....ponah kome buat rope tu?
    Paling best nengok bijinya. Kome ingat ke warna ape? Warna ungu......haha, ingat pun. Lawa je warna biji tu. Tapi hat yang muda la, yang tua udah x mandang warna tu. Ade ke buah lain yang bijinya warna ungu....cer kabo kalo kome tau.
    Lupa pulak nak nulis nama buah ni.....ada yang manggei MENIA, ada manggei STAQ. Ikut la mana yang suka janji buahnya sama. Udah la kome, x tahan perut dok cerita pasei buah ni. Buat asam kat sambei belacan pun sedap ni.....MOH KITA CARI,,,,, buat asam sambei tengahari ni

Monday 19 November 2012

GULEI ASAM TEMPOYAK

Selamat tengah malam.....
   Waaaa, memalam buta melayor gambar gulai asam tempoyak. Udah tinggei sekor pun baru tingat nak ngambik gambonye. Punya sedap makan sampei Yong lupa nak kongsi dengan kome semua.
   Aha.....faham ke weiii bahasa perak ni. Belajo2 la ye. Mungkalu tersesat ke Perak, daerah Kuala Kangsor ke, Parit ke....cakap deme rhope ni le. Gesek2 la lidah dulu ye, bagi lembut kata orang.
   orang Perak ngan tempoyak mana boleh dipisahkan. Macam irama dan lagu le gayanye. Andai dipisah pincanglah irama. Cewah3x...macam2 cara masak guna tempoyak ni. kita pelan2 le. sekarang ni musim doghoyan weii, buat tempoyak bebanyak pahtu simpan elok2 dlm peti ais . Bila rasa teringin je, masak la...pe lagi.
   Yang ni Yong namakan GULAI ASAM TEMPOYAK. Mesti ade yg kata ngape x panggil gulai tempoyak je. Gini....pada Yong kalo cayor rope ni panggei gulai asam le, kalo yang kuah pekat melekat tu baru pior gulai tempoyaknye. Kita cuba yang ni la dulu ye dak. Yang nak diet tu elok beno makan rope ni....x berlemak. Yong pulak x daye nak diet, hat rhope ni lagi banyak nambah nasik ade le.....haru betui.
    Check in resepi la....melalut je kojernye


GULEI ASAM TEMPOYAK
(x de sukatan khusus ye)

3ekor ikan mabong
7bj cili padi
2bj bawang merah
1btg serai
kunyit (serbuk blh, hidup blh)
asam keping* (bergantung)
garam
gula
taugeh kasar
2sb tempoyak

~~tumbuk cili padi, bawang merah, kunyit hidup
~~ketuk serai
~~satukan dalam periuk bhn tumbuk, serai, tempoyak, air
~~rebus biar didih dan tempoyaknya larut sebati
~~kalau tempoyak baru kena masukkan asam keping la
~~masukkan ikan dan taugeh kasar
~~masukkan garam, gula......ikut citarasa ya
~~pastikan sesedap rasa
~~boleh dihidangkan

Saturday 17 November 2012

RUANG KECIL UNTUKMU


Ruang kecil itu kubayangkan seluas maya
kuisi cinta seluas taman angan
kuisi rindu sejauh pandang mata
kutitip kasih selaut tak berpenghujung
agar kau tahu...
walau kecil dan tersorok ruang itu
tetap selesa untuk cintamu
berteduhlah
walau terlindung
jelas pada mata hatiku

~~danhayati~~
181112 0102am
                                            

Friday 16 November 2012

FISH N CHIPS

Assalamualaikum........
   dah kul 11:30am rupanya. tentu sibuk kedapurkan. maklum la nak siapkan persiapan untuk hidangan tengahari keluarga, atau ada yang nak ke majlis kenduri. cuti2 sekolah ni kan banyak kenduri kawin. Mesti ada yang tanya kenapa Yong mulakan sembang hari ni dengan gambar 2org ni.....hehehe, kalau tau dek deme berdua mesti bising ni. Ni la muka orang dah tak sabar nak makan tapi kena sabar dulu. Buah hati Yong ni, my hubby n my bujang. Yong tak masak tengahari hari ni sebab bagi deme ni makan pagi lewat pastu bagi kenyang terus.....bagus Yong.....bijak2.
   Pagi ni deme order nak makan western, so (dan dan speking london lak) yang paling simple adalah fish n chip. Stok sentiasa ada sebab memang semua isi rumah suka makan cam gini. Senang sangat untuk sesiapa nak cuba dan makan puas2. Kata anak Yong, makan kat kedai tak puas. Ni hentam puas2 kasi kenyang. Ibunya pulak memang nak senang je.....sabo je lah.
    Dalam set ni Yong siapkan ikan, kentang dan salad. lengkapkan...ada karbohidrat, protein dan serat. Yang spesial kat sini sos untuk salad tu. Ini kegemaran suami yong.....terbaekkkkkk kata dia. Tak de banyak resepi nak kongsi hari ni sebenarnya sebab memang simple. Memandangkan hari ni x de stok utk salad berdaun Yong guna apa yang ada dalam esbok je.....tomato, bunga kobis dan brokoli. Yong gunakan badam bakar untuk salad hari ni sebab gajus pun x de.....sesuka hati je kan. Tengok la gambar salad ni dulu ye
    Tapi kan....sori sangat ye sebab lupa langsung nak ambik gambar sos special tu. Lain kali Yong update masuk ya. Kalau nak sedap pakai la tomato ceri ye. Rangup je....OMG....sedapnya. Mula la merapu merabankan. Kalau suka mix vege pun boleh....yang nak makannya kita. Ikut sedap tekak masing2 ya. Bergantung pada budget semasa juga....hehehe. Kalau x mo salad ni, boleh je ganti dengan coselow. Janji best dan sedap. Okey kita layan gambar fish n chip Yong dan check resepinya. Boleh la buat lepas tu kalau sudi.
   TARAAAAAA>>>>>>>>> ni la hasilnya. Kalau deme berdua tu kata x kenyang saja la. Resepi time

FISH N CHIP

Ikan dori (frozen dari tesco @ giant)
2biji telur
Serbuk roti
Tepung gandum
Tepung jagung
Lada hitam serbuk
Garam
Lemon/ limau

~toskan ikan setelah dibasuh
~perapkan dengan jus lemon, garam n tepung jagung (sdkt) dan lada hitam
~sementara itu panaskan minyak (deep fryer)
~celup ikan dlm telur.....salut tepung.....celup telur lagi....salut ngan serbuk roti. buat sampai habis
~goreng terendam ya sampai masak

SALAD

Brokoli
Bunga kobis
tomoto
Kacang badam

~rebus semua kecuali badam
~letak garam dalam air rebusan
~kacang badam bakar ya 180'c 8minit

SOS

2sb mustard
1sb jus lemon
2sb mayonis
2sb extra virgin olive oil
garam

~gaul sebati....sebatikan rasa ya


KENTANG

beli dan goreng
~boleh hidang seperti mana yang anda mahu
~selamat menjamu selera

HUWAAAAAAAA........PADAN MUKA AKU. DALAM X MAU MASAK TENGAHARI TIBA2 DATANG TETAMU DARI PAHANG......KENA MASAK JUGAK






Thursday 15 November 2012

Selamat menyambut Maal Hijrah.
Semoga buku baru di hari baru menjanjikan mencatatkan yang terbaik buat kita semua.

   Ni nak citer sikit tentang hobi yong selain memasak yang bukan rajin sgt pun. Yong minat membaca dan menulis. Suka membaca novel, surat khabar, majalah, komik sekali pun. Abang kata, yong ni ulat buku. Insyaallah boleh berbual apa saja topik yang orang sembangkan

   Cuma kali ni yong cuma nak kongsi satu puisi yang yong tulis. Nak kata terbaik tu tidakla tapi cuba jadikan puisi ni antara yang baik. Ada group2 puisi yang yong join dan kongsikan puisi2 tulisan yong. Ada yang membantu membetulkan serba sikit yang terkurang.

   Malas nak tulis panjang lebar kali ni sebab takut hilang mood tuk baca puisi nanti

SUARA CEMBURUMU

Andai itu takdirmu
andai itu janjiku
beradulah dalam rindu
bersatulah dalam kalbu

lepaskan desah nafas penuh berapi
hilangkan getar suara penuh emosi
alunkan hembusan penuh berisi
buangkan debar berpaksi sangsi

hentikan suara cemburumu
lepaskan resahmu
hilangkan debarmu
hitunglah bahagiamu

itulah bukti kecintaanmu

~~danhayati~~
291012 0150am  
      

Wednesday 14 November 2012


Assalamualaikum......
 De sesiapa kat rumah x? yong datang nak nyembang ni. Nyembang kosong petang2 ni best juga. Maklumla cuti sekolahkan dah bermula hampir seminggu. Mana yang ada anak dah bersekolah tu musim cuti ni mesti riuh rendah rumahkan. Yang pastinya tentu mak2 menjadi manusia paling sibuk. X kira la anda seorang suri rumah atau bekerja. Kena pulak anak2 dah mula membesarkan.
  Yang pasti celik je mata budak2 tu soalan pertama mesti...."ibu masak apa pagi ni". satg dengar pulak....."mak masak lauk apa thari ni",.......x lama pastu..."umi, petang ni minum apa"..baru nak bernafas pulak..."mama, emmmm xkan makan nasi lauk thari lagi". Comfirm punyalah. Yong pun ada anak. Walaupun sorang situasinya sama juga.
  Pagi tadi yong buat sarapan yang sempoi jugak. Macam selalu. Malam tadi balik dari masjid, abang yong dengan baik hatinya telah membeli belah tanpa pengetahuan yong. Tapi dalam hati tu kemain lagi syok. balik tu dia terus masukkan semua benda ketempat yang sepatutnya. Alhamdulillah sekali lagi. Ye la x payah la kita kena mengemas. Sebelum tdo dia pesan dah....."abang ada beli roti arab , roti pita. Pagi sok masak la apa2 yang patut". Yong pun kata...."ok, set. pagi sok sarapan masak roti pita la, dah lama x buat". Tdo la dengan lenanya malam semalam.
   Pagi tadi balik dr pasar terus je buka esbok ambik bahan2 penting nak buat inti tuk roti pita. Dengan semangat wajanya terusla sediakan inti. Dah siap semua bahan yg perlu dan intinya baru la cari roti pita nak dibakar sebentar. Belek punya belek yg jumpa roti arab je. Tanya abang.....beli roti arab ke roti pita? Jawab dia, ada tu....rupanya dia main sedap cakap je. Alasannya simple je bila yong pok pet pok pet kat dia.....potong dua pastu belah je tengah roti tu buat poket. Aje sabo sesangat. Jadi ini lah kejadian semasa roti arabnya. Selamat mencuba dan makan ramai2 ya,






PIZZA ROTI ARAB
(utk 5kpg roti)

4 keping daging burger
3 batang sosej
1 labu bawang besar
1/2 cawan mix vege
1 1/2sb sos cili
1sb sos lada hitam
1sb sos tiram
kicap sotong
seasoning (utk burger tu)
serbuk lada putih
herba thyme dan oregano
mayonis
keju mozarella

tumis bawang yg didadu hingga kuning.
masukkan hirisan daging burger
bila agak masak masukkan hirisan sosej dan mix vege
masukkan sos cili, sos lada hitam, sos tiram, seasoning, serbuk lada dan kicap sotong.
rasa ikut kesesuaian lidah ya
sapu atas roti arab dgn sos cili
letak intinya
tabur thyme n oregano
paipkan mayonis
tabur cheese........bakar
yong balut bahagian luarnya dgn aluminium foil sbb x mo roti garing sgt
suhu 210'c selama 10minit. api atas sahaja.
bergantung pada oven ya

Monday 5 November 2012

PRATA TELUR







assalamualaikum
satu lagi menu simple dari yong kali ni. tapikan.....sblm tu yong nak minta maaf la kalau ada yg x selesa dengan cara penulisan yong, ada 2 3 org yang beri idea suruh buat lelucon sikit kat sini. mmg bernas idea tu tapi yong rasa susah sgt la. yong ni jenis happy go lucky orangnya tapi dalam hati ada taman.

kalau nak tau....yong ni tinggal x jauh dari hospital bahagia tanjung rambutan, jadi kami kena kontrol sikit. maklumla berjiran. x pasal2 isi borang free je. hehehe.....harap2nya boleh la terima pelan2 ya cara yong ni. nak reka lawak mmg x pandai.

k lah, kita sembang pasal resepi ni ya. ini resepi memang sesuai untuk sarapan atau makan malam bg yang x mau makan nasi. boleh la cuba ya.

PRATA TELUR
(utk 3 org)

3 keping plain prata (jenama kawan)
3 biji telur
1 labu bwg holland sederhana
1 biji cili masak
daun sup
lada putih

1/ masak prata sekeping demi sekeping
    ketepikan
2/ dadukan bawang, cili merah dan daun sup
3/ pecahkan sebiji telur....pukul sdkt
4/ masukkan sebahagian bawang, cili dan daun sup
5/ masukkan serbuk lada putih....sebatikan semua
6/ panaskan semula kuali leper
7/ tuang bancuhan telur td......ratakan
8/ ambik sekeping prata tadi letakkan di atasnya
9/ tekan sikit bg melekat
10/ pusing sekejap dan angkat bila masak
11/ gulung dan potong
12/ ulang langkah tadi

Monday 29 October 2012


Selamat pagi semua......
Ermmm hari ni baru sempat nak kongsikan resepi air asam untuk daging bakar tu. Mana sedapkan kalau makan x de air asam untuk cicahannya. Yang ni salah satu jenis air asam kegemaran Yong. Istimewanya sebab air asam ni menggunakan kerisik, Sesuai juga kalau nak dihidangkan dengan ayam masak ros atau ayam panggang. Cubalah ya kalau sudi.

AIR ASAM KERISIK

1 labu bawang besar sederhana (hiris nipis)#
1 biji cili masak (belah 2, hiris)#
6 biji cili padi (hiris)#
1 biji tomato besar (hiris)#
1 biji limau nipis
1 sb kerisik
belacan
garam

gaulkan bahan bertanda #. sebati masukkan belacan, kerisik,garam dan air limau. picit dan sebatikan semuanya. rasalah mengikut kesesuaian. senang je kan

DAGING BAKAR



Salam Aidiladha semua....
Memandangkan ramai yang buat korban sempena raya haji ni banyaklah daging yang kita dapat. Ini menu pertama sempena korban aidiladha ni. simple je dan sangat mudah. Dah memang taglinenya pun yang sempoi2 je. Sesuai sangat pada sesiapa yang jenis macam Yong ni suka yang sedap tapi senang dan murah. Rasanya semua tau cara nak bakar dagingkan, cuma bergantung pada resepi tersendiri.

Ini salah satu dari resepi kegemaran anak dan suami Yong. Kata abang Yong makan daging bakar ni sampai "mencobak cobak peluh". Faham ke weiiii.....orang perak kata sampai meleleh peluh. Tu tandanya sedap dan power la....hahaha. Sesuka hati je muji diri sendiri. X kisah la kan. Buat dulu pastu rasa sendiri la peluh mencobak2 tu...

Mai kita check resepinya......

DAGING BAKAR

500gm daging batang pinang
2batang serai
1 inci halia
1 labu bwg merah sederhana
3 ulas bawang putih
1 sb lada hitam
garam
gula perang
minyak

Yong guna daging batang pinang jd Yong potong kepada 5 bahagian je. Dagingnya lembut dan senang masak
Serai, halia, Bwg merah, bawang putih dan lada hitam ditumbuk lumat. masukkan gula perang, garam dan minyak. Gaul sebati. Rasa ikut kesesuaian lidah masing2 ya. perapkan pada daging sekurang2nya sejam.
Yong suka bakar menggunakan arang dari guna oven. Yong jatuh cinta pada bau asap dan kegaringan dr api tu. Terpulang pada anda untuk bakar sampai garing atau sekadar masak ya. Kalau nak yang garing potong daging biar nipis. selamat mencuba.....

#####kalau nak tukar kepada ayam gantikan gula perang kepada gula putih#####

Wednesday 24 October 2012

PUFF DAGING



Assalamualaikum. entri pertama sejak blog ini di on kan. maaflah jika banyak kekurangan dan kelemahan. belajar pelan2 kata orang. harap ada yang sudi membaca dan mencuba resepi2 saya. mudah untuk anda cuba sebab saya suka pada resepi yang simple, cepat dan sedap. x mau berceloteh panjang buat kali pertama ni. selamat berkenalan dan selamat mencuba resepi2 saya nanti.

PUFF DAGING SIMPLE
(utk 6biji)


6 keping puff pastri (kawan)
200gm daging kisar (ramli)
1 labu bawang holland sederhana
1/2 cawan mix vege
1/2 cawan susu segar
1helai daun bay
1 biji cili merah besar cincang
sedikit parutan keju cheddar
sedikit parutan keju mozarella
garam (jika perlu)

potong dadu bawang dan tumis. apabila layu masukkan daging dan goreng sampai hampir masak. pastikan daging tidak berketul2. masukkan daun bay, mix vege,cili dan susu. bila hampir pekat masukkan sdkt parutan keju cheddar. rasa mengikut citarasa masing2. sejukkan seketika.
sementara itu panaskan oven pada suhu 190'c. gelek sdkt pastri puff. jangan lupa taburkan tepung sebelum gelek untuk elakkan dr melekat. masukkan dlm acuan yang bersesuaian. masukkan inti dan tabur keju mozarella. sapukan eggwash pada pastri. bakar selama 25minit, ikut oven masing2 ya. selamat mencuba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MP3