Translate

Pengikut

Friday, 11 January 2013

GULAI LEMAK IKAN KAYU


Selamat malam. dengan izinNya kita dapat lagi bersembang hari ni. semoga semuanya sihat ye. maklumla sekarang ni cuaca tak menentu

ni menu semalam.....banyak sebenarnya nak masukkan tapi tak sempat lagi la. pagi semalam kawan yong dok citer dia suka sangat makan gulai lemak ikan kayu, tak pasal2 yong pulak yang dok terkenang2. pergi pasar cari la. nasib baik la pasar dekat je

buat pun sekor je. rumah yong ada 3orang jadi cukup la. suami ngan anak yong pulak jenis tak suka lauk yang dipanaskan semula. jadi sistem rumah yong.....masak, makan, habis. tak de la nak simpan2.

sebenarnya yong ni selalu failed bila masak gulai lemak ni. selalu pecah minyak. bujang yong selalu komplen....kata dia kenapa la gulai ibu ni tak macam pah buat, licin je. sabar je lah kengkawan, anak pun pandai komen. boleh la kut ya yang ni. hahaha, janji rasanya sedap.

menu masakan kampung ni yong tak bersukat sangat. maaf la ya. agak2 je ya. mai kita tengok resepinya. oooo, sebelum tu tengok dulu gambar ni......

 hehehe.....yang ni masih dok dalam periuk lagi. tgh dok atas api. saje la nak tayang. tomato tu masuk akhir sekali ya. kalau boleh tutup api dulu tak la dia lembik nanti. sesekali layan gulai lemak ni memang syok oooo

GULAI LEMAK IKAN KAYU

6OOgm ikan (seekor)
2biji bawang merah
1batang serai
8biji cili padi (kalau suka pedas)
1helai daun kunyit
serbuk kunyit
2 asam keping
1/2 bungkus santan (bungkus kecil)
garam
belacan (optional)

cuci bersih ikan dan toskan
tumbuk bawang, belacan, dan cili padi
ketuk serai
campurkan semuanya kedalam periuk termasuk santan dan segalanya
kacau jangan berhenti
guna api yang sederhana ya
rasa la masam masin dan pedasnya agar seimbang
selepas tutup api baru masukkan tomato ya
boleh dihidangkan

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MP3