Translate

Pengikut

Friday 20 December 2013

RENDANG AYAM


Assalamualaikum
yuhuuuu...hari ni masak awal
rajin la kononnya kan

rasanya ramai yang pergi kenduri kawen kan hari2 minggu macam ni. yong x kemana hari ni sbb abang kerja. kalau ada pun mungkin malam ni ke Taiping sbb pak sedara yong buat kenduri sikit semnpena dia nak ke Mekah buat umrah dengan isterinya

tapi ketahuilah wahai kawan2...sejenis ni je yang yong masak. hahaha. thari ni abang kerja jadi masak yang utama dulu...malam nanti kalau x ke Taiping baru tambah lauk lain. boleh gitu. begitu la yong ni. masak yang simple2 je kan.

kebiasaan ahli rumah ni depa x suka lauk yang dipanaskan semula. jenis yang sekali masak...makan...vacum sampai habis. sapa yang datang x bgth tu, petak la kepala yong.

ok lah...kita tengok resepi sempoi yong ni ya

RENDANG AYAM

1 ekor ayam ( 1 1/2kg)
15 tangkai cili kering
bawang besar
2btg serai (besar)
1 inci kunyit hidup
santan
asam keping
serbuk kunyit (kalau perlu)
 1 sb serbuk kari daging
garam
kerisik
daun kunyit / daun limau purut

...blender cili kering, bawang besar, serai, kunyit,
...tumis sekejap bersama rempah kari daging
...lepas tu masukkan santan
...perisakan dengan garam
...kalau warnanya kurang menarik blh tambahkan serbuk kunyit
masukkan asam keping dan ayam
...sbb ayam daging jadi yong masukkan akhir 
...x mau ayam jadi hancur
...masukkan kerisik
...akhirnya boleh masukkan daun kunyit ataupun daun limau purut

boleh la makan dengan nasi putih atau pulut lemak ye

Wednesday 18 December 2013

MEE GORENG


Assalamualaikum
perghhhhhh....lamanya yong cuti
musim cuti sekolah ni biasa lakan
orang lain sibuk kawen kita sibuk tumpang menyelit rezeki

sihat ke kawan2
adoiiii....yong sihat je kebelakangan ni
alhamdulillah

hari ni...memandangkan dok sengsorang kita masak mee je lah
mesti ada yang kata....dok sorang apahal masaknya banyak
petang ni yong goreng mee sebungkus pastu makan dgn jiran sebelah ni ha
semalam dia gorengkan sukun dan keropok lekor
petang ni apasalahnya tukar pulak
macam tu la adat berjirankan

MEE GORENG SEMPOIII

1 bungkus mee kuning
cili kering
bawang putih
udang geragau
udang hidup
fish ball
kicap pekat
sos ikan
sos tiram
sos cili
kucai
taugeh
tomato

##gula
## perisa

...kisar cili, bawang putih dan udang geragau
....tumis sampai masak
...masukkan fish ball, udang
....masukkan sedikit air
...tambahkan sos tiram, sos ikan, gula, perisa , 
...masukkan kicap pekat
....masukkan mee...sebatikan
lastnya baru masukkan sos cili, taugeh dan kucai juga tomato
rasa la ya...pastikan menepati citarasa keluarga anda

selamat mencuba

Saturday 9 November 2013

MAKAN MALAM TADI


Assalamualaikum
selamat tengahari kawan2
inikan....bukan menu thari ni
ni masak utk malam semalam
tak pe la kan
yong pun nak kongsi 2 menu je...
kari bawal simple tu dgn sambal tempoyak je
kacang kelisa dan mempelam tu x bermenu
kena tanam atau beli je ya

bukan apa rajin masak utk makan malamni
pagi tadi makan roti benggali dengan telur separuh masak
tahri pulak pergi kenduri rumah kawan...
alhmdulillah kenyang sampai ke petang
bila dah masuk pukul 6.30ptg tu perut mula la bernyanyi

ok...dah la kita sembang sikit2 ya
kita check menu simple ni

KARI BAWAL SIMPLE

3ekor bawal (kecik je ikannya)
4sb rempah kari ikan
2bj bawang merah
2ulas bwg putih
1 inci halia
1st rempah campur
asam jawa
garam
perisa (kalau suka...yong x bubuh pun)
tomato

tumis rempah campur sekejap
masukkan semua bahan hiris
wangi dan agak garing, masukkan rempah
tambahkan air putih utk pastikan rempah masak
tumis sampai pecah minyak
masuk la ikan dan air asam
kuah terpulang pada anda
perisakan dgn garam dan perisa yang sesuai

## kari ni mmg x pakai santan ya...jadi kita nak dia pekat sikit baru sedap ##

SAMBAL TEMPOYAK

6 cili padi
2cili merah
belacan
garam
tempoyak

tumbuk semua bahan kecuali tempoyak
tambahkan tempoyak masa nak makan senang je...
simple tapi menyelerakan

Thursday 7 November 2013

MEE REBUS TULANG


Assalamualaikum
mee rebus in the house
dah 2hari pun buatnya
biasa la delay entri
ahakss...suka2 hati je kan

kalau nak tahu mee rebus ni kesukaan anak  yong
kalau ada mee rebus ni x payah buat makanan lain dah
boleh makan dari pagi sampai ke pagi
tu diaaaaa..........punya la dasyat nak bagitahu
heehehe...jangan marah ya

untuk kuah dia kali ni yong guna tulang rusuk 
sedap weiii
malas la nak sembang banyak2
kalau rajin tu buat la sendiri ya
comfirm x menyesal

MEE REBUS TULANG

Tulang rusuk...dlm 500gm ke 1kg (bergantung ya)
1 kg ubi keledek kuning
20btg cili kering
rm2 udang kering
bawang besar
bawang putih
halia
2 btg serai
serbuk kunyit
2 kiub ayam
garam
gula 

## INI CARA MASAK GUNA PERIUK TEKANAN TINGGI YA ##

...kisar dulu cili kering, bwg besar, putih dan halia
...kisar juga udang kering dan keledek yg dah direbus
...masukkan tulang dan semua bahan tumisan dan semua bahan lain ke dalam periuk tekanan
...setting utk 40 minit

---selepas 40 minit, yong tukarkan periuk kuah ini ke periuk biasa
----bukan apa sbb dalam periuk tekanan kita x kan dapat kepekatan kuah yg kita mahu
---kalau anda terlebih air utk kuah jangan risau
----boleh masukkan tepung jagung utk pekatkan nya
---selaraskan rasa masin dan manis kuah ya

....bahan hiasan terpulang kepada anda 
selamat menjamu selera

Wednesday 6 November 2013

KASUI PANDAN


assalamualaikum
selamat malam
kita sembang2 sat ya sebelum yong nak tengok rancangan kegemaran yong
ada sesapa yang tiap2 minggu tunggu citer blacklist kat astro701 tak
la ni cukup tak senang duduk kalau x dapat tgk citer tu setiap rabu 10malam
amboiiiii...........kemain lagi promotenya kan

mmm...kalau dah hujan tu kan perut tu ada je mintak isi
tambahan pulak kalau ada abang kat rumah
mula la dia tanya apa yang ada untuk di makan

sori gambarnya tak berapa menarik
bukan apa...lupa nak tangkap masa dok elok2 tu
ni la kasui pandan
mai kita tgk resepinya ya

KASUI PANDAN

1 1/2 cwn tpg gandum
1/2 cwn tpg ubi
2 3/4 cwn air pandan
( daun pandan + air kosong )
secubit garam
sdkt kapur makan
3/4 cwn gula (blh adjust)
beberapa titik pewarna hijau epal

...kisar daun pandan dgn air kosong utk dapatkan 2 3/4c air pandan
...tapis hasil kisaran tu ya
...masukkan semula air pandan ke dalam blender
...masukkan semua bahan lain
...sebati semuanya tapiskan ke dalam loyang
...loyang tu sapu minyak sikit ya utk senang nak potong nanti
...sebelum tu panaskan kukusan
...boleh la kukus sehingga masak dlm 45mnt atau lebih

TABURAN ATAS

kelapa parut putih
garam

...tabur atau golekkan kuih yg dipotong ke atasnya

Sunday 20 October 2013

IKAN PARI BAKAR ALA PORTUGIS


Assalamualaikummmmmmmmm
ni kan lauk tengah hari tadi
boleh teka ke apa benda ni
macam tersorok je kan

hari ni masak pari bakar ala portugis
pari ni kan masa yong beli baru naik dari laut
beli kat Pantai Remis Perak
kat situ kan semua nya jual ikan segar2
gila mata kat situ
harga dia biasalah mahal sikit dari harga pasar biasa
tapi kepuasan yang utama
sempat juga la yong sambar beberapa jenis ikan
antaranya...pari, patipok, aji2, tenggiri
puas hati....

ok la mai kita tengok resepi ni
yong x bagi sukatan tepat ya sbb lauk pauk ni biasanya ikut citarasa kita

PARI BAKAR ALA PORTUGIS

1 ekor pari (800gm)

 ~kisar ~
25tangkai cili kering
3bj cili merah
segenggam udang geragau
1bj bawang besar
3ulas bawang putih
1 innci halia
belacan
2btg serai

~ hiris halus ~
1btg serai
1 btg bunga kantan
daun limau purut

~ perisa~
garam
perisa
gula kabung

....tumis semua bahan kisar 
....masukkan bahan hiris
....masuk kan perisa 
....biar sampai garing
...sejukkan

CARA BAKAR


1/ siapkan aluminium foil atau daun pisang
letakkan sebahagian rempah kita

2/ susun ikan yang kita nak gunakan


3/ ratakan lebihan rempah keatasnya


4/ pastu bungkus elok2 ya
kita bakar la atas kuali
bila dia dah mengelembung tu tandanya dah masak la ya

PASTU BOLEHLA MAKAN

Saturday 19 October 2013

BENGKANG JAGUNG


 Assalamualaikum
hari nikan asyik hujan je sepanjang hari
perut mula nak berbunyi
kepala mula la mereka macam2
lastnya buat la bengkang jagung ni sambil masak thari tadi

biasa la yong mana ada masak yang susah2 
semua nak yang senang dan mudah aja
ok...kita tengok bahan2 dia ya
nak cepat ni...sambil2 dok niaga ni

BENGKANG JAGUNG

2cwn tpg gandum
1/4 c tepung jagung
3sb tepung beras
1cwn gula...kalau suka manis tambah ya
1 tin jagung dlm tin
1kotak kecil santan kara
2cwn air
4bj telur
secubit garam
2sb marjerin
bijan
pewarna kuning

ni campuran 3 jenis tepung ya






tu antara bahan penting ya

CARA2NYA:

...blend telur dgn gula juga marjerin
...tuang dalam mangkuk besar
...masukkan semua bahan lain satu persatu kecuali bijan
...sebatikan semuanya
...masukkan sedikit pewarna kuning

sambil tu panaskan oven 180'c
panaskan kejap loyang berminyak ya
lebih minyak pun x pa...satg buang la lebihan minyak tu

bila minyak dalam loyang dah panas...keluarkan
tuang semua adunan yg dah sebati tu
tabur la bijan kat atas dia
bakar api atas bawah 
bergantung pada oven ya...
yong bakar 180'c 1jam 35 minit
yong guna loyang 8 inci

ni la hasil dia



kalau potong panas2...x jelita la bengkang tu.hhihihi

DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI DGN REBUNG



assalamualaikum

tau ke apa tu?
baru2 ni yong p Cameron Highland
masa turun tu saja la singgah kat tempat orang asli yang menjual kat tepi2 jalan tu kan
yong beli la rebung sebiji
keai ka rebung cam mana rupanya 
biasakan kita beli rebung yang dah siap potong kat pasar basah
yang ni yong beli gedabak besarnya


ni la rupa rebung yang yong beli tu
ni pun yong dah suruh dia cuci siap2
memang ada rebung yang kecik2 kat  buluh tu
yang ni yong pun x tau jenis apa


pastu yong hiris2 kan rebung tu
rebus dgn sedikit garam sekejap
bagi dia lembut dan buang getah dia

rebung ni yong buat masak lemak cili padi dgn daging salai
hehehe...salai ke?
bakar pun ye kut
alahai...mana tempat yong nak menyalai macam kat kampung tu kan
 yong salai cara gini je


ahaaaahaha
yong bakar cam gini je
daging tu yong salut dulu dgn sikit garam dan kunyit
bakar sampai masak
pastu hiris la nipis2

ok...sekarang kita check resepi ni ya

DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI DGN REBUNG

daging lembu di salai
rebung di rebus dahulu
cili padi...ikut kepedasan yang suka
3btg serai...2btg tumbuk...1 batang ketuk
bawang merah
kunyit hidup
garam
asam keping
santan pekat

...tumbuk semua bahan kecuali daging dan rebung
satukan semuanya dalam periuk termasuk daging dan rebung
...sebatikan sebentar
...masukkan santan pekat
...perisakan dgn garam dan gula
kacau sampai masak ya

Thursday 10 October 2013

IKAN KELI TAUCU


Perghhhhhhhhhh..........
lama sungguh la yong x menulis kat sini
hari ni kita mula balik na
jangan la marah2...senyum tau

hari ni masak yang senang2 jugak
tapi ini lah salah satu lauk kegemaran yong
IKAN KELI MASAK TAUCU
kalau ikutkan anak yong...ikan keli ni kalau x buat sambal mesti bakar
tapikan kalau buat kari pekat2 campur dgn petai sedap pa ikan keli ni
x pun buat gulai lemak campur tempoyak
x pun buat gulai lemak campur maman
ahhhh....abaikan yang lain na...kita sembang pasai yg ni je hari ni

check na resepi simple ni


mula2 lepas cuci elok2 tu garam kunyitkan ikan keli tu
pastu goreng
kata orang kalau x mau bg melekat buh la asam keping satu keping


sambil2 tu tumbuk la beberapa bahan ni
bawang merah
bawang putih
halia
cili padi...ikut kepedasan
kacang taucu...dlm 1 sd besar
serai sebatang...ketuk2 je



pastu tumiskan apa yg dah kita tumbuk tadi
nak guna minyak yg goreng ikan pun boleh tapi keluarkan lah yang lebihnya ya
guna setakat yg perlu aje
biar la sampai wangi dan garing sikit
masa goreng ni tambahkan lagi kacang taucu ya



pastu masukkan air putih setakat mana kuah yg kita mahu
masukkan air asam sekali ta
dah didih kuah tu masukkan ikan 
masukkan bawang besar potong bulat
masukkan cili hijau dan timun
boleh la rasa asam garamnya
hati2 dgn garam sbb kacang taucu ni dah masin
pastu boleh la hidangkan
makan dgn nasi panas2 pulak....melelehhhhhh

hehehe...selamat menjamu selera

Tuesday 8 October 2013

SEMBANG SANTAI PENDEK

Assalamualaikum
buat kali pertama selepas terlalu lama tinggalkan rumah kecil ni
ya allah...rindunya kat semua

doa yong agar semuanya sihat
entah kenapa batas waktu yang ada amat mencemburui untuk yong jengah ke sini
ada je halangan nya

insyaallah selepas ni yong akan kembali menulis di sini
kita sembang2 santai macam selalu
kita kongsi2 apa yang kita tau
gelak sama2
merepek sama2
apa2 aje lah ya

ok semua
nanti kita jumpa lagi
byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Tuesday 20 August 2013

KARI KEPALA IKAN MERAH


BISMILLAHIRRAHMANIRROHIM

Assalamualaikum
selamat tengah hari kawan2
dah masak ke untuk keluarga hari ni
yong belum lagi
hajat di hati nak buat sup gear box...tapi la ni dok mengadap kat sini lagi

hahaha...
citer nak buat sup gear box tapi tayang gambar kari kepala ikan
memang hampeh betui la yong nikan
biasa la...yong mana sempat nak update segera
kebanyakkannya entry tertunggak

sebenarnya sebulan puasa hari tu...mana ada sekali pun yong masak kari
x dak sapa yang nak makan
keluarga yong jenis yang simple2 je

lepas geram punya pasal...raya ke 5 hari tu yong p cari ikan merah
ok la harganya kat Tanjung Rambutan ni...1kg rm26
suruh orang pasar tu potong siap2 sekor tu
masaknya dalam 4 ketui je
kuali je besar

satu lagikan.
yong x berapa pandai bergulai dalam periuk
yong suka guna kuali
rasa selesa sangat

ok lah, cukup la kita merepek meraban

KARI KEPALA IKAN

1 ketul kepala ikan merah (belah 2)
2 ketul isi ikan merah
2 bungkus rampah kari ikan babas
1sb serbuk cili
bawang merah
bawang putih
halia
rempah campur
asam jawa
garam
tomato
bendi
santan pekat

CARANYA:

...panaskan minyak
...masukkan rempah campur
...masukkan bawang merah, bawang putih dan halia
...masukkan rempah kari ikan dan serbuk cili bersama air
(yong x suka bancuh rempah dgn air)
...tumis garing dan pecah minyak
...masukkan ikan dan air asam
...biar merenih seketika
...masukkan air secukupnya
...apabila ikan hampir masak masukkan santan pekat bersama bendi, garam
...kalau suka perisa boleh tambahkan
...rasa masin masam kari anda
...apabila santan dah masak boleh la tutup api
...masukkan tomato di akhirnya
...boleh hidangkan

### pada yong kari yang sedap adalah kita boleh rasa rempahnya, masamnya dan masinnya###





























Thursday 15 August 2013

AL FATEHAH


Salam Jumaat yang  mulia
assalamualaikum semua

ermmm...pagi ni bila buka fb ramai yang update tentang kehilangan orang2 tersayang
Al fatehah untuk mereka yang telah kembali kepada pencipta yang sebenar

sebenarnya tak tahu di mana nak mula kata
yong sendiri telah kehilangan 2 orang anak
tahu apa makna sedih dan erti kata sabar
menuturnya memang sangat mudah...
menafsirkan maknanya sangat susah
benar2 memerlukan kesabaran dan kekuatan mental yang tinggi

sentiasalah bersedekah fatihah kepada insan2 di sekeliling kita
pernah seseorang berpesan kepada yong dahulu
masa itu arwah anak yong masih ada
katanya...."sedekahkan fatehah untuk diri kita yang pertamanya, kedua orang tua kita keduanya, insan2 yang kita sayang seterusnya dan semua makhluk di keliling kita juga untuk mereka yang telah kembali ke penciptaNya"

kata dia...
"anak kamu sakit, sedekahkan fatehah padanya...
hembuskan ke ubun2nya...
lakukan selalu...
hidupkan kembali rohnya...
bangkitkan semangatnya..."

katanya lagi...
"bila kamu rasa kalah dengan dugaan ini (ujian dr Allah), sentiasalah membaca fatehah
sedekahkan pada diri kamu
yakinlah pada ayat2 ini
janji Allah itu pasti...bacalah
bangunkan semula keyakinanmu
insyaallah akan ditunjuk jalan buatmu"

dan pastinya yong sangat percaya tentang itu
memang menjadi amalan dan rutin menyedekahkan ayat ini untuk diri sendiri setiap hari
cubalah kawan2 amalkan
cubalah pada anak2 yang sakit..x sihat...x yakin
tapi MESTI yakin ya

JANJI ALLAH ITU PASTI

Wednesday 14 August 2013

SALAM LEBARAN



Assalamualaikum
SALAM AIDILFITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN

maaf la lambat ucapkan pada kengkawan semua
sejak minggu kedua puasa yong dah x sempat nak singgah kat rumah kecik ni
sangat2 sibuk mengejar masa menyiapkan tempahan kuih raya
usah kata blog...fb sendiri pun x sempat nak bukak

bila dah raya...mmm...maklumla pulak,
sibuk dengan tetamu yang x putus berkunjung
dr kat rumah mak ayah di kampung...bawa ke rumah sendiri kat ipoh
kalau ada sesapa yang dok ipoh tu mai la rumah yong
boleh kita kenal2 ye tak

ok kesempatan ni yong sekeluarga nak ucapkan selamat hari raya pada semua
selama anda berkunjung ke rumah kecik yong ni...andai ada tersalah kata
tersilap bicara yang mengguris rasa...yong mohon maaf segalanya

andai anda rasa apa yang ada di sini sesuai dan bermanfaat untuk anda semua...gunakan lah sebaiknya
andai ada yang x sepatutnya tegur2lah agar kita sama2 dapat membetulkan kesilapan agar jadi yang lebih baik di masa hadapan

salam lebaran untuk semua

Friday 19 July 2013

BAWAL TOMATO MAK

Assalamualaikum
hari ni rasa macam sempat sikit nak sembang2 kat sini
biasa la kan...hari ni dah 10 ramadan
makin berkejar masa nak siapkan tempahan

ok...hari ni masak ikan bawal tomato ni
byk kenangan ikan bawal ni
masa kecik2 dulu dok kat kampungkan
mana ada kedai2 tomyam macam sekarang
mana tau ada sweet sour...3 rasa...dll
kalau mak masak ikan bawal macam ni rasa habis hati dah
sedap x ingat dah
ye lah...dok kampung...lagi pun bukan orang senang
ayah cuma peneroka kelapa sawit masa tu

hari ni kita check resepi yang mak selalu masak untuk kami 3 beradik dulu2
macam biasa...anda boleh adjust mana yang patut ya

BAWAL TOMATO MAK

1 ekor ikan bawal
6 tangkai cili kering **
1 labu bawang **
2 ulas bawang putih **
1 inci halia **
1 batang serai
sos cili
sos tomato
garam
perisa

...ikan bawal digoreng garam kunyit dahulu
...kisar bahan bertanda **
...ketuk serai
...tumis bahan kisar dan serai
...garing, masukkan sos
...boleh tambah air kalau mahu
perisakan secukupnya
tuang keatas ikan tadi
boleh dihidangkan

simple kan

Tuesday 16 July 2013

SUP AYAM BEREMPAH


Assalamualaikum
iftar ke 7
simple...senang...sedap
tambahan pulak kalau panas2

hari ni masak yg paling ringkas
bukan apa, malam satg ada plan lain
buat sup ayam je..
penghuni rumah ni suka sup jenis yang berempah cam gini
baru puas kata abang ngan angah

ok...kita check resepi ya

SUP AYAM BEREMPAH
(adjust bahan2nya ya)

ayam...(suka yg bertulang)
bawang besar
bawang putih
halia
jintan manis
jintan putih
lada hitam
1sb rempah sup
1sb rempah kurma
rempah 4 sekawan
kentang

tumis bwang, halia, jintan2, lada hitam dan rempah yang telah di kisar bersama
masukkan rempah 4 sekawan
masukkan air secukupnya
masukkan kentang...biar sampai kentang empuk
masukkan ayam
perisakan dengan garam dan perisa 
sebelum angkat masukkan daun sup
sedia dihidang dan dinikmati

Sunday 14 July 2013

MAKARONI BAKAR BERCHEESE



Assalamualaikum
iftar ke 5
alhamdulillah
hari ni x mau sembang panjang2 ye
kita terus ke menu berbuka 
ni antara yang yong buat hari ni

MAKARONI BAKAR BERCHEESE

1 paket kecil makaroni
1 pek ayam cincang Ramly (400gm)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2sb rempah kari
1sb rempah kurma
keju cheddar
keju craft (keping)
3 biji telur
garam
gula

...rebus makaroni
masukkan garam dan minyak

...panaskan minyak
...tumis bawang besar dan bawang putih yang di dadu
...masukkan rempah kari dan rempah kurma
...garing, masukkan ayam cincang
...masukkan sedikit air
perisakan dengan garam dan gula
...dah masak sebati, masukkan makaroni tadi
tutup api dan masukkan parutan cheddar cheese

lapik loyang dengan aluminium fiol
pukul sedikit telur
gaulkan dengan campuran makaroni tadi
tuang kedalam loyang
bakar selama 30minit (180'c)
## bergantung pada oven masing2 ya##

sejukkan sebelum potong

Friday 12 July 2013

BUBUR LAMBUK ( IFTAR KE 3 )




Assalamualaikum

selamat berbuka hari ke 3 ramadan
tentu semua dah selesai menunaikan ibadat wajib yang dituntut ke atas kita
alhmdlh...rezeki kita masih ada untuk berbuka selepas berpuasa sepanjang hari

hari ni sangat sibuk
jadi masak yang simple2 je
semalam lagi abang yong suruh buat bubur lambuk tu
tapi semalam kan yong buat nasi beryani jadi menu tu tukar ke hari ini
selain tu yong juga buat desert simple kegemaran abg yong...BETIK JALO
pelikkan namanya...itu orang kampung panggil
orang bandar panggil yong x tau
ala buahnya macam betik tapi kulitnya putih
selain tu yong beli pecal dan ayam percik

mai kita check resepinya

1. BUBUR LAMBUK

2pot beras
1 labu kecil bwg besar
2ulas bwg putih
1 inci halia
1sb lada hitam
lobak masin
kacang tanah
1st jintan putih
1st jintan manis
1sb rempah sup
1sb rempah kurma
beberepa ketul ayam
2 kiub ayam

basuh beras dan didihkan dgn air yg secukupnya untuk jadikan kanji
masukkan kacang tanah dan lobak masin juga ayam
sementara itu kisar semua bahan lain
tumis semua bahan kisar
garing masukkan ke dalam periuk berisi beras tadi 
masukkan 2 kiub ayam
setelah kembang masukkan garam secukupnya
kalau suka perisa letak la ya
bila ayam telah masak keluarkan untuk di carik2 isinya
masak hingga pecah biji
hidangkan dgn isi ayam...daun sup dan cili merah

## kalau suka lebih pedas boleh tambahkan lada hitam lagi ##

BETIK JALA

buah betik jala
santan
garam
gula

sebatikan semua
hidangkan sejuk

Thursday 11 July 2013

SET NASI BRIYANI


Assalamualaikum
Salam Ramadan buat semua

lamanya yong tak sempat nak update kat sini
sekarang ni sibuk dengan oder biskut
dateline yang singkat buatkan masa amat terbatas

dah 2 ramadan hari ni
alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan mulia ni
semoga kawan2 semua mendapat keberkatan di bulan mulia ini

ini adalah menu berbuka untuk hari kedua
balas dendam kononnya...
semalam masa masak nasi terlupa nak tekan on jadi masa berbuka melopong le
yong jenis makan nasi masa berbuka

mai kita check menu ya
1/ nasi briyani sempoi
2/ ayam masak merah
3/ jelatah senang
4/ pajeri nenas (jiran bagi)
5/ kih muih (beli)

1. NASI BRIYANI SEMPOI

4 pot beras
1 paket rempah briyani MAGGI
1 labu kecil bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 helai daun pandan
rempah 4 sekawan
minyak sapi

basuh beras....masuk kan kedalam periuk nasi
sukat airnya
tumis bwg besar, bwg putih, halia yg dikisar
masukkan rempah 4 sekawan n daun pandan
masukkan rempah briyani
tumis sampai agak garing
tuangkan semuanya ke dalam periuk
masukkan garam 
biarkan masak

2. AYAM MASAK MERAH

8 ketuk ayam
12 bj cili kering 
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
sos cili
sos tomato
sos tiram
kacang peas
daun sup

goreng ayam dgn garam dan kunyit...ketepikan
tumis cili kering, bwg besar, halia, bwg putih
garing...masukkan sos cili,sos tomato, sos tiram
masukkan sdkt air kalau perlu
masukkan ayam
biarkan sebati
masukkan garam jika perlu
masukkan kacang peas dan daun sup
tutup api

3. JELATAH

timun
nenas
bawang besar
garam 
gula
cuka

satukan semua...
perisakan 

sekian....itu sajalah juadah hari ini
selamat berpuasa ya

Saturday 15 June 2013

AYAM BAKAR BERMENTEGA


assalamualaikum
dah bulan syaaban ni kawan2
tentu ramai yang buat puasa sunatkan....alhamdulillah
sucikan hati dan jiwa selain perut kita yang sentiasa dok nak makan

kengkawan perasan tak...kadang2 bila kita puasa, nafsu makan menjadi2
tapi bila dah kena air segelas...x dapat makanan lain pun x pe kan
rumah yong kalau puasa mmg makan yang simple je
yong sibuk dgn biskut jadi mana yg sempat je
bukan x pergi bazar ramadan tapi menu yang sanggup beli cuma ayam golek
hari2 ayam golek
tokeh ayam golek pun dah susah hati kalau yong x singgah...

ni nak citer resepi ayam je...
melarat sampai bulan puasa punya karenah
satu lagi resepi yong menggunakan kuali ajaib tu
senang kerja kawan2
yang x de tu bodek2 la abang suruh beli
jangan marah ya...

AYAM BAKAR BERKUAH MENTEGA


1/ ayam ni tinggal 5 ketui je...jadi la

5 ketul ayam
1 sb sos cili
1 sb sos tiram
1st herba thyme
1 st oregano
minyak
lada hitam
garam gula secukup rasa

....gaul semua sekali 
....masukkan dlm kuali ajaib tu
....bakar api perlahan

## lupa nak bgth....masa bakar tu tutup ya kuali tu
bila dah hampir masak...bukak
biar dia masak sampai air dlm kuali tu agak kering meresap dlm ayam semula
pastu angkat..
lebihan kuah tu jangan buang...biar dlm kuali kejap ##


haa....dah masak pun
nampak dak dia lembap2 gitu
tapi macam x best je kan
mai kita bagi dia jadi gojes sikit


nampak tak kerodak2 dia kat dlm tu
yong tambah air sikit sbb dia hampir kering
masukkan juga sesudu butter
kacau sekata
kalau suka blh perah limau atau lemon...kasi masam
x mau x pe
kalau nak agak pekat buh sikit tepung jagung
kacau sekali dgn kerak2 tu ye...jgn korek buang
rasa la kuah tu...cukup masin ke tak
pastu tuang la atas ayam tadi
boleh la makan dah
selamat menjamu selera

Sunday 9 June 2013

ROTI BERINTI CENDAWAN





assalamualaikum
dash sarapan ke kawan2 semua
hari ni menu simple macam selalu
dah 2minggu anak cuti sekolahkan
hari ni budak2 dah start sekolah semula

ini menu yang sangat sesuai dan mengenyangkan
sebenarnya x tau nak letak nama apa kat menu ni
kalau ROTI BERINTI CENDAWAN ok x?
hentam je lah kan...yang penting sedap, simple dan murah

ROTI BERINTI CENDAWAN

potongan roti perancis (yg panjang tu)
1bj lada benggala merah
1bj lada benggala hijau
1bj bawang besar
1/2 kiub ayam
garam (jika perlu)


1/  STEP 1

bakar je lada benggala ni macam ni
jangan risau x meletup punya
bakar sampai kulit dia hitam ya


STEP 2

lalukan kat bawah air untuk buang kulit hitam tu
isi dia jadi lembut
keluarkan biji dia pastu potong panjang2 ya


STEP 3

tumis bawang besar
bila dah layu masukkan lada benggala tadi


STEP 4

yong guna 2jenis cendawan ni
satu yg halus tu shitake...yg satu lagi yong x ingat namanya
apa yg pasti mmg sangat sedap


STEP 5

pastu masukkan je cendawan2 tu ke dalam kuali
goreng sekata
masukkan kiub pati ayam
rasalah samada anda perlu guna garam atau x
pada yong x perlu lagi bahan perasa atau perisa yang lain sbb cendawan ni dah keluarkan rasa yang sangat sedap dan manisnya


STEP6

bakar sekejap roti tu
pastu letak inti tadi di atasnya
boleh makan terus
sedap kalau ada teo o suam bersamanya
cubalah ya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MP3