Translate

Pengikut

Showing posts with label lepak lepak santai family. Show all posts
Showing posts with label lepak lepak santai family. Show all posts

Thursday, 13 February 2014

DANOK, THAILAND


Assalamualaikum dan salam jumaat yang barakah
hari ni kita sembang2 santai ya
ini aktiviti yong...abang ...angah masa cuti raya cina tempohari

tentu ada yang tau ni kat mana kan
ni lah pekan DANOK, THAILAND
hari ni nak cerita serba sikit pasai danok ni
sebenarnya bukan ada plan nak ke danok pun. kami p makan kenduri kat Jerlun...malam tu tido kat Alor Setar rumah kakak angkat yong. dia ni kami gelar duta Danok. Bukan apa ...boleh kata tiap2 minggu masuk sana. Bukan masuk kosong...ada bisnes kat sana

Dalam bulan 11 dulu yong dah p jugak dgn dia. angah x puas nak makan2 dan jalan2 kat sana. Datang kali ni dia mula la meracun bujang yong ajak ke sana. Mengeletek la anak bujang tu. Kebetulan pasport abang memang bawak...so..no hal la kan nak masuk

Depa ajak p Hatnyai mulanya tapi dalam keadaan cuti macam ni polis sempadan x syorkan kami pergi. Dia kata jalan2 kut sini dah la...so...jalan2...makan2...cuci mata la


ha...ni la kakak angkat yong dengan suaminya abang Suri. depa ni sporting gila. Kepala sengal macam kami juga. Jenis x merancang...main terjah je. tapi masing2 dah faham kerenah masing2. tu yang boleh berkawan baik dah lebih 15thn. bukan setakat depa berdua sampai mak pak dia pun macam tu.sat lagi yong citer pasal makanan ya


Orang kata...apa kes datang thai x beli beraskan...x kira la beras wangi ke..beras pulut susu ke...beras pulut hitam ke...beras perang ke....apa segala beras yang depa ada la. Yong beli jugak la serba sikit...jangan x beli kata orang. Ada sejenis yang yong beli tu dia suruh campur dengan beras biasa kita. Yong ambik 3kg...balik rumah campur dengan 7kg beras biasa kita. kalau x nanti masak rasa macam pulut. x la mahal sangat dalam rm 4 sekilo beras tu. beras biasa dia pun ada beli jugak tapi x byk sbb malas kat sempadan satg nak bersoal jawabkan. tapi pulut susu wajib la belikannnnn...hehehe


Siapa yang biasa kesana mesti tau makanan ni kan...macam menu wajib kalau p Danokkan. yang x tahu ini la PULUT AYAM....perghhhhhh memang terbaik la benda ni. ada 2 versi yang yong pernah makan kat sana...satunya pulutnya di tanak...macam yg ni. ada satu lagi pulutnya di kukus. 2 dua pun sedap kalau tanya yong... hehehe


ni pun ayam untuk pulut ayam tu...tapi yang ni kami ambik asing sebab nak ratah macam tu je. seketul peha ayam yg besar tu rm5 duit kita. pastu kami ambik pulak kaki ayam yg digoreng rangup...5 ketui sengget. sedap ooo...sbb bila kita oder dia akan goreng sekali lagi bagi garing. kat mana 2 pun kita boleh nampak la benda ni...cuma kena pastikan yang halal ye.


lupa pulak nak cerita...cara makan dia sangat simple...pulut...ayam goreng...bawang goreng n sos cili. pada yong x de sos cili pun x pe...tapi x boleh kalau x ada bawang goreng. itu la pelengkap makanan ni. dia sangat memberi kesan pada makanan ni. ish...ish...ish...kecur liur pulak dah. nasib la jauh nak pergi


yang ni pun macam wajib cari kat danok tu...daging bakar. sangat lembut dan berjus. daging dia di datangkan dalam set yang seperti itu. siap dengan ulam ulamannya dan sos kicap yang agak pedas2 manis. percaya tak...satu hidangan ni baru rm3 je...puas hati oooo. banyak jugak la...kalau kat malaysia senang2 je jual paling tidak rm6 rasanya kalau set macam ni.


haaaaa....nampak jelas x. nampak tak daging dia yang garing diluar tapi masih berjus kat dalam. depa bakar guna arang je...bau asap bercampur dengan rempah ratus dia tu buatkan perut berkeroncong semula kalau lalu kat tepi2 kedai ni...hehehe


ni tomyam dia...rugi besar la datang sini x makan tomyam kan. kami makan berlima...didatangkan dalam satu mangkuk besar. kalau kat sini...mangkuk je besar...kuah je penuh tapi isinya sikit. kat sana penuh dengan bahan2 nya. rasanya juga sangat berbeza dengan tomyam2 yg kedai siam jual kat malaysia ni. kuahnya dimasukkan susu cair. kat sini kalau guna susu cair cuma untuk tomyam putihkan. memang sangat mabeleeesssss.


abang kata...cer kita cuba sup sayur kat sana. kalau x percaya...sepadat2nya tu sayur dan ayam. jenuh la meratah sayur. kalau p cameron highland pun sup sayur dia x macam ni. ayamnya berketul...sayurnya sgt banyak. puas hati betui. memang berbaloi la kami makan. kami bukan makan kat hotel pun...makan kat gerai2 tepi jalan je. tapi boleh bagi 5bintang la makanan dia. 


kih3...konon nya makan bersuap. kami memang gila2. jemput tengok je lah ye.... ok. nanti kita sambung citer lagi

Sunday, 10 February 2013

TELUK SENANGIN

SELAMAT TAHUN BARU CINA......GONG XI FA CAI

Cuti datang lagi....mana anda semua pergi.....
x kisah la balik kampung ke.....makan angin ke.....kenduri ke......apa2 la, janji sekeluarga gembira.
x pasal2 teringat lagu sudirman pulak.....bergembira....bergembira....tepuk tangan sama2 bergembira....lalalalalalalalalallala

Yong nak cerita hal cuti2 ni. bukan la baru sebenarnya. ini percutian family untuk penutup tahun 2012. betul2 hujung tahun. lambatnya updatekan. x kisah la yek....ni kan mood bercuti bermula semula. sudi2 la baca ya

 
 Di sebabkan dah penghujung tahun sangat, x jauh la kami berjalan. kali ni kami bermalam di Teluk Senangin Lumut. Ada yang pernah sampai sini ke??? Mesti la kan.Biasanya Yong jarang2 lepak kat teluk Batik sebab ramai sangat orang. kat sini rilek sikit....ada masa jengah2 la ya. x havoc kata org muda.....


 Taraaaaaa...... ini la hotel 10***** yang menjadi tempat tidur kami selama 3hari 2 malam tu. simple je tapi hati senang, jiwa tenang. betui dak. kalau semua nak tau, kami ni jarang sekali sewa hotel, bukan kedekut tapi suka sgt situasi macamni. hotel2 kami sewa bila pergi ke tampat2 tertentu aje. lagi pun yong bukan ada anak kecil atau family yg besar. cukup la tuk kami 3 beranak....hahaha. first class tu. aircond free, muzik free, lampu free, ada xtra lagi....berbumbungkan langit, berlantaikan pasir


 hahaha.....dia pun ikut. buat kawan katanya....boleh ke caya yong ni. bila hari menjelang petangkan, abang yong akan buat unggun api untuk pastikan nyamuk x kacau kami semua. kalau ada lalat pun larinya...x bernyawa dia. kami akan kutip kayu2 mati di kawasan keliling, daun2 yang luruh dan kami bakar. best oooo



mesti ada yang dok tanya, senang ke nak cari makan kat sana. ada kedainya tapi x bykla macam kat Teluk Batik. Yong.....biasa la, pergi mana pun kena memasak juga. tgok la barang2 yang yong bawa, serba sikit tapi sgt lengkap.....sardin, beras, kunyit, lada hitam, asam jawa, asam keping, telur, garam, teh, gula, kopi dan segalanya. senang nak masak. 

dapur kecik ni sentiasa ada dalam kereta yong, senang nak kemana2 pun. tu tgh rebus air nak buat tea tarik tu. bawa un semua yang kecik2 je termasuk periuk. abg yong buat satu bahagian tuk yong senang nak memasak. kalau x dipagar sebegitu, angin kuat sangat....



 selain nasi....ni antara kejadian menu yang sempat yong buat kat sana. sekarang ni yong x masukkan resepi lagi ya....insyaallah esok tau, malam ni tgk gambar dulu ya
sempat la bakar ayam, bakar jagung, sandwich roti pita ayam, cucur jagung, maggi dll la. sedap betui makan tepi2 laut mcm ni kome oiiiii. try la buat camni. memang ada yang kata susah la, tapi sebenarnya ini satu kepuasan maksima.....percayalah










 kalau tengok gambar2 ni pun tentu anda semua tahukan kenapa kami suka tempat2 macam ni. kami suka memancing, mandi, bunyi deru ombak, pemandangannya dan segalanya di situ. di sinilah kemuncak kepuasan dalam santai2 family kami. kebahagiaan kami cipta di sini setenang laut kala mentari terbenam. kalau anda rasa ini xtvt yang memenatkan, memang yong setuju TAPI.....anda mesti cuba dulu sbb memaksimakan kepuasan umpama satu keunggulan anugerah kemenangan.

sekian....wasalam

Tuesday, 25 December 2012

LATA ISKANDAR

Assalamualaikum......
Lama juga x menulis kat sini.....sibuk sikit. Maklumla cuti  sekolah ni. Banyak aktiviti jalan2 keluarga. Kali ni pun nak sembang pasal jalan2. Kita mula dengan lepak2 santai kat Lata Iskandar, Tapah Perak ye
        Kalau datang ke Perak....especially Ipoh boleh la datang kesini. Sampai ke Tapah, cari la jalan menghala ke Cameroon Highland. Walaupun jalannya umpama ular kena palu tapi berbaloi bila sampai kat sini. Airnya yang sejuk sampai ke tulang dan pemandangan yg amat cantik. Ya Allh.....bila pijak je air tu automatik sampai ke tulang rasanya. menggigil satu badan punya.

          Lawa x?.....Menggodakan tengok airnya. Bagi yang biasa lalu highway menghala ke utara tu akan nampak jugak air terjun macam ni....tapi yang tu LATA KINJANG. Tak sama tempatnya walaupun x berjauhan sangat. Ada 3 tempat air terjun kat Tapah yg terkenal iaitu LATA KINJANG, KUALA WOH DAN LATA ISKANDAR.....x rugi pada yg suka mandi manda.Ramai yang x sanggup mandi kat sini sebab sejuk.
          Pada yang berminat dengan fotografi.....banyak benda dan tempat untuk di ambil gambar. Yong ni x de camera canggih macam org lain.....ini je yang mampu disnap dek camera tu. Abang yong yang tangkap gambar2 ni. Yong ngan anak dah sejuk bedi dlm air, dia x habis lagi menangkap gambar. Gambar2 ni abg yong tangkap di bahagian atas air terjun tu. Jangan risau,.....bukan panjat kut air, ada tangga kat tepi tu tuk kita naik ke atas. Ketor jugak la kepala lutut kalau x cukup stamina. Tercungap jugak la Yong ni.....hahaha. Maklum la Yong ni jarang excercise.......
        Kat sini ada tempat kalau nak sembahyang pun. ada jugak orang jual makanan. Jadi bila dah berendam dan perut lapar x yah susah hati. Kalau yang rajin tu boleh la terus ke Cameroon Highland. X jauh dah. Malam ni Yong nak tayang gambar makanan yang sempat yong masak. Tapi resepi tuk ikan asam pedas tu yong dah masukkan dulu.....layan gambar je lah ya
                                                     

                                                  1/ TAUGEH GORENG BERKICAP
                                                

                                                2/ DAGING KUNYIT SPECIAL
                                                    

                                                3/ ASAM PEDAS KAK NORA


                Sori la yek......layan gambar dulu. esok2 yong masukkan resepi daging ngan sayur tu. Tapi kalau x tulis pun ramai yang dah taukan......cuma cara masak daging tu special sikit resepinya. Ini resepi my hubby.....bujang Yong pun dah pandai buat ni. Jamin terbaekkkkkkk. So...tunggu ya. Sampai sini dulu malam ni.
      Assalamualaikum semua.....bye         
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MP3