ASSALAMUALAIKUM SEMUA
SURAT NI YONG TULIS KHAS UNTUK ARWAH ANAK YONG SEMPENA 3 TAHUN PEMERGIAN DIA MENGADAP ILAHI
SAJA YONG KONGSIKAN DI SINI
AL FATIHAH.....
SURAT BUAT ANAK MANJA IBU....SITI AISYA SYAZREEN
Assalamualaikum sayang,
Doa ibu agar adik terus tenang di sana. Entah la dik, ayat apa yang ibu harus tulis di sini. Hanya al fatihah yang mampu ibu kirimkan
Adik ayeen, hari ni dah 19 april 2013....bermakna dah genap 3 tahun adik tinggalkan ibu, ayah dan angah. Adik menyusul menemani kaklong di sana. Doa tak putus ibu kirim agar adik dan kaklong bersama di sana. Berbahagialah anak-anak ibu hendaknya.
Adik....ibu rindukan adik. Rindu yang tak dapat ibu gambarkan. Rindu sangat-sangat. Mungkin tak kan berakhir rindu ini hingga ibu menutup mata.
Adik ayeen.....semuanya bagai mimpi. Bagai semalam terjadi. Sakitnya masih sama. Deritanya masih terasa. Ibu ingat setiap saat detik- detik akhir adik. ibu nampak....ibu rasa...
Adik....airmata ibu tumpah lagi. Tak terhitung hingga hari ini...hingga saat ini. Tak terluah apa yang terbuku. Terkunci kata-kata.
Sayang ibu....
Memiliki anak seistimewamu benar-benar mematangkan ibu. Menjadika ibu seorang wanita matang dari seorang anak manja. Ibu belajar menjadi manusia paling sabar.....belajar menghargai....menyayangi seikhlasnya....menerima semampunya.
Sejujurnya sayang, ibu pohon ampun sebab tak bersama adik seawal kelahiran adik. Bukan ibu benci, bukan ibu menolak takdir tapi......ibu sangat-sangat terkejut. selama 9 bulan dlm kandungan....semua yang baik-baik sahaja ibu terima. Adik tau kan, selepas kaklong pergi tinggalkan ibu....abangngah menjadi gantinya. tak ada tanda-tanda yang adik akan seistimewa ini. Hancur luluh hati ibu sayang.
Tika itu ibu terfikir yang adik juga akan tinggalkan ibu. ibu tak boleh terima semua itu. betapa susahnya menerima kenyataan dik. Syukur dik....ibu punya suami iaitu ayah adik yang sangat memahami. Selepas ibu dirujuk kepada kaunselor hospital....sedikit demi sedikit ibu menerima takdir ini.
Kata ayah...ambillah masa untuk diri ibu dahulu. Andai kata ibu tetap tak sedia menerima, ayah berjanji akan menjaga adik selamanya. terkejar-kejar ayah setiap hari. Mana nak jenguk ibu...mana nak tenguk adik. Ya Allah, akhirnya ibu redha seikhlasnya. Ayah dan pihak hospital adalah orang yang paling gembira bila ibu suarakan untuk berjumpa adik.
Sejak itu kita tak pernah berpisah. adik membesar di atas dada ibu. 5 tahun pertama adalah paling getir. kalau orang lain kata dah seminggu tak tidur malam sebab anak demam....ibu tak tidur 5 tahun dik. Sepanjang masa adik cuma mahu duduk dalam buai sahaja. Walau buta, pekak dan bisu....adik tetap tahu itu tangan ibu.
Kadang-kadang nak mandi pun tak sempatkan.
Ibu redha semua tu adik. Ibu halalkan susu ibu....ibu halalkan keringat ibu....ibu halalkan airmata ibu. Semuanya dik.
Apapun situasi adik....itulah kenangan terindah antara ibu, ayah, angah dan adik. Adik tetap hidup dihati kami....dilingkung hidup harian kami.
Ketahuilah sayang
Betapa susahnya untuk ibu menerima kenyataan yang adik telah pergi. Ibu ingat lagi....berlari doktor yang bertugas bila ibu beritahu situasi adik. Ibu dah tahu adik dah pergi masa dalam kereta lagi...tapi ibu kuatkan hati sebab ibu memandu ketika itu. Ibu makin percaya adik dah pergi bila semua mesin yang dipasang sudah tak berfungsi.
Tahukah adik...walau doktor dah mula gelengkan kepala....ibu tetap berharap. Ibu yakinkan hati. Tapi......ibu lupa segalanya bila doktor mengesahkan pada ibu. Apa yang ibu tahu selepas itu....ibu dah terbaring atas lantai klinik. lemah longlai. Ibu sangat sedih. Ayah tak ada ketika itu.Mujur ada opah dan angah. Sayunya hati bila tengok adik diselimutkan...dikiamkan...dirapatkan kaki...Ya Allah....hancur luluh ibu.
Sebagai bakti akhir....ibu sendiri yang ribakan adik semasa dimandikan. Seksanya menampung airmata. Ramai yang berpesan agar ibu jangan meratap. Bagaimana ibu nak kawal diri....kata-kata akhir ayah masa adik dikafankan menyentuh hati ramai orang, bukan hanya ibu. dalam ciuman akhir, ayah berkata...."sampai di sini derita adik....pergilah. Ayah redha dan relakan....di sana syurga menanti"
Adik....
Hingga hari ini masih terngiang2 lagi bunyi tanah yang jatuh untuk menutup pusara adik. Bunyi itu menghantui ibu hingga hari ini. Saat itu memang ibu sedar yang ibu tak akan dapat menatap wajah adik lagi.
Hingga hari ini, tak pernah jemu kami meziarahi pusara adik dan kaklong. selama 15thn pemergian kaklong, 3thn pemergian adik....di situlah rumah kedua ibu dan ayah kini. Memegang, memeluk, mencium nisan itu menghuraikan derita rindu ibu ini.
Pergilah sayang. Redha ibu mengiringimu sayang.
Ya Allah...kuatkan lah hati hambamu ini. Tabahlah aku meniti hari-hari mendatang. Pandulah aku ke jalanMu.
Ya Allah....tempatkan lah anak-anakku di dalam syurgaMU. Jadikanlah kubur mereka jalan untuk ke syurgaMU. Berbahagialah mereka di sana....amin
Ibumu,
Norhayati Yahaya — with Wild Bee.

tak terhitung jugaklah pahala buat ibu yg sangat sabar seperti maksu...kami yang melihat pun rasa kagum dgn maksu... apalah nikmat yang menanti maksu di sana nanti..subhanallah
ReplyDeleteBerat mata memandang berat lagi bahu yang memikul....
Tuhan tahu hanya maksu yang mampu menerima adik ayeen seadanya dan mampu menerima dugaan tuhan sehebat ini..
alfatihah for my lovely lil cousin....
maksu bykkan la... sharing info n tip n experience bagi tatapan dan rujukan bagi ibu-bu di luar sana yang memiliki ahli syurga seperti ayeen....
share bagaimana hadapi hari-harimendatang dengan positif dan kuat seperti mak su dulu ...it truly inspired!!
mrs Nazarku....
ReplyDeletekata2 kamu membuatkan maksu mengalir semula airmata. dia amanah untuk maksu dan ayahchu.
sebenarnya sesiapa yang berada ditempat kami juga akan melakukan perkara yang sama. insyaallah maksu akan cuba kongsikan apa2 yang patut bila memiliki anak2 seperti ini
Kau sangat tabah tie...terharu sungguh knor membacanya..alfatihah..utk kedua2 arwah ank tie..pasti mereka bahagia disana..aminn
ReplyDeleteKau sangat tabah tie...terharu sungguh knor membacanya..alfatihah..utk kedua2 arwah ank tie..pasti mereka bahagia disana..aminn
ReplyDelete