Translate

Pengikut

Monday 6 January 2014

PASTA DAGING BLACKPEPPER


Assalamualaikum
selamat malam
malam ni masak western food sebab nak buat yang simple
biasala kan...adakalanya kita ni malas nak memasak malam2 hari
petang tadi anak dgn abg dah makan mee goreng
ingat kan dah kenyang giler
tiba2 lepas maghrib boleh pakat merungut kata lapar
ya allah...malasnya nak masak lagi
dekat setengah jam dok memikir nak masak apa
walaupun dah keluarkan daging...kentang dan pasta tapi kepala kosong
lastnya bila dok fikir pukul 9 nak tgk masterchef...masak la jugak
kali ni menu ni mmg simple gila
bahan semua sangat senang dan segera

lastnya...perkara pertama panaskan minyak utk goreng kentang
pastu panaskan air utk rebus pasta
daging tu cuma perap dgn garam dan lada hitam

ok...ok...kita check resepi ni ya

PASTA DAGING BLACKPEPPER

6 keping daging sirloin (steak)
garam 
lada hitam

....perapkan semuanya
...goreng dalam kuali ajaib setiap belah dlm 3 minit
...letak minyak sedikit dalam kuali tu

kentang
...macam biasa, goreng je dgn minyak penuh ya
...x perlu tambah apa2

200gm pasta
garam
2 sb minyak zaitun
1 bj perahan lemon
1 btg cili besar
1/2 bj bawang besar
3sb serbuk cheese

....rebus air...masukkan garam...dah didih masukkan pasta
...satukan bahan lain termasuk garam
...kalau sebati
...cili merah tu keluarkan biji dan dadukan
...bawang besar juga dadukan 
...serbuk cheese tu bancuh dgn air panas

...pasta yg dah siap direbus tu masukkan dalam bancuhan minyak dan lemon
...selepas tu gaulkan bersama serbuk cheese yg dibancuhkan tadi

kuah blackpepper
lebihan bahan selepas menggoreng daging tadi
air panas
1/2 c sos lada hitam (dlm botol)
kiub pati lembu
...panaskan semuanya
...kepekatan bergantung pada anda

SELAMAT MENCUBA

2 comments:

  1. :) sedapnya..nak cuba..sha sometimes tak pasti nak masak apa pasta selain goreng cam ala2 goreng mee/kuew teow tu :) tq yati

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah sha...x sampai 1/2 jam punya kerja kalau kita pandai set kerja. mulanya nak buat ala2 kenny rogers...tapi malas nak buat mash potato...so goreng je lah...harap sha enjoy

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MP3