Translate

Pengikut

Friday 30 May 2014

PUREE KAMPUNG


assalamualaikum
selamat tengah hari semua
dah siap masak ke?
yong cuti masak hari ni
bukan sebab kenduri kendara tapi sebab dok sorang2 kat rumah ni
abang kerja
anak ada kat kampung

ini buat petang semalam masa hujan
biasa la kan perut mula la lapar
sangat mudah dan simple
sangat murah dan cepat
semua orang boleh buat yang pasti sgt jimat

PUREE KAMPUNG
(x ada resepi tepat ya)

tepung gandum
air
susu pekat manis
garam

...campur kan tepung, garam dan susu
...masukkan air sedikit demi sedikit
...uli hingga jadi doh macam roti canai
...jangan terlalu keras atau lembut
...terus bulat2kan ikut besar mana yg anda mahu
tutup dan biarkan sekurang2nya 1/2 jam
...kalau mahu terus but pun boleh tapi doh keras jadi x cantik
...sambil tu panaskan minyak
...golek seketul doh kedalam tepung
...gelekkan bagi nipis macam capati
...boleh terus goreng

...sedap dimakan dgn kari ataupun sambal sardin
...kalau x ada semua tu cicah susu pun sedap

Saturday 10 May 2014

APAM BETAWI @ APAM TELUR


assalamualaikum
SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA WANITA BERGELAR ISTERI

apa menu istimewa kawan2 semua
pagi tadi yong sempat buat APAM BETAWI/ APAM TELUR
bukan apa baru2 ni adik bongsu yong telefon minta resepi ni
baru la teringat dah lama sangat x buat
nostalgia tau apam ni sebab inilah resepi kuih pertama yang yong belajar buat pada usia 18thn
bonda saudara yong yang ajar
dengan mak memang boleh belajar kuih muih ni sebab mak memang terror tapi biasa la cara mak2 kita tak de sukatan
dengan bonda saudara ni dia ada sukatan tepat
senang la kan pada yong yang baru nak berjinak2 masa tu
simple sangat resepi ni
semua orang boleh buat
tapi jangan terkejut kalau tekstur dia x berapa gebu ya sbb memang x guna bahan penaik langsung
mai kita check resepi ya

APAM BETAWI @ APAM TELUR

4 biji telur
1 cawan gula (blh kurangkan)
1st esen ros/ esen vanila
2 cawan tepung gandum (ayak)

....pukul telur dgn gula hingga kembang dan putih
...masukkan esen ros
....masukkan sedikit2 tepung
....kukus hingga masak ya


ni yang dah siap dikukus
kalau guna pengukus trio boleh kukus selama 50minit
tutup bekas dengan aluminium foil ye
x mau air jatuh atas apam


simple tapi sedap

Saturday 3 May 2014

TAUHU KUKUS GORENG RANGUP


selamat malam kawan2 semua
hai senangnya dalam hati hari ni
maklumla dapat update 2 sekali hari ni
kalau x merangkak2 line

awatnya gambar utama ni kelabu pun x tau la
dah 2kali buat baru sempat nak update
tapi malas cakap byk2 la...
memang sedap giler benda ni

hahaha...lupa nak tanya dah ramai ke buat ni
mesti dah macam2 versikan
ni versi yong pulak
maybe cara gorengan tu yng berbeza
satg kita check resepinya ya

ok...kita semak resepi ni ya...
sama jugak dgn yg lain2

TAUHU KUKUS BERGORENG RANGUP

A/   4keping tauhu yg besar
2 tiub tauhu jepun/tauhu telur
2bj telur
isi ayam
ikan bilis
garam

blend semua sebati ya
pastu tuang dalam bekas

B/   tambah la

dadukan lobak merah
hiris daun bawang
dadukan cili merah

campur semua dalam adunan tadi ya
jadikan macam ni


sebenarnya yg ni dah siap kukus
yong jadikan 2bahagian
cepat sikit masak
yong kukus 20minit je

pastu sejukkan dulu baru potong ya
yong potong macam ni je


bila dah sejuk potong la macam mana pun
makan macam ni pun dah sedap sebenarnya
tapi sebab semua org buat goreng jadi yong pun goreng jugakla

C/   ok kita tengok bahan salutannya

2 bj telur 
2sb tepung beras
1cwn tpg gandum
air


yong x bubuh garam dah sbb tauhu tadi dah cukup rasanya

D/    cara celupan

panaskan minyak...byk ya
ambik tauhu kukus salut tepung gandum (kering)
kalau tebal ketuk2 sikit

pastu salut telur

pastu salut tepung YANG DIBANCUH pula
(tepung gandum, tpg beras, air)
goreng terendam dalam minyak ya
bila dia dah kembung tu masak la tu

hasilnya macam yg atas tu la
blh cicah sos cili atau sos thai
sedappppppppppppppppppp
try la pada yg belum cuba

TEMPAHAN MEE DAN BIHUN


ASSALAMUALAIKUM

apa khabar semua? 
dah siap sembahyang maghrib ke?
entah la kenapa line internet ni masalah sekarang
usahkan nak bukak blog nak menulis, nak komen2 kat fb pun seksa ya rabbi
ni dari petang tadi on nak masuk gambar...ni baru blh

hari ni cuma nak tayang gamba2 projek minggu ni
rezeki minggu ni hanya menerima tempahan mee dan bihun 
alhamdulillah...rezeki dari Allah
mai kita layan gambar2 ni ya



yang ni mee goreng untuk mereka yang bekerja pasang khemah dan rewang pagi sebelum majlis tahlil dan doa untuk Arwah Inspektor Zulkifli yang meninggal di Lahad Datu tahun lalu.
kami berjiran di sini....rumah lamanya di ipoh
sekarang rumah tu dah jadi homestay
tapi isteri dia masih balik kesini dah buat kenduri untuk arwah


ini pulak untuk tetamu pada mesyuarat sebelum kenduri rumah kawan


ini masih gambar kenduri arwah Insp Zul


ini pulak untuk majlis hari lahir pelajar pra sekolah
x banyak pun dalam 3.5kg je
kata cikgu...jangan pedas ye


bihun ni ada seseorang oder untuk apa majlis pun x tau
dia cuma kata ada majlis sikit
x kisah lakan sebab dia dah letak duit dahulu...hehehe

ni yang dah siap goreng...15kg semuanya
nak patah bahu jugak la


semua yang nak kena packing adalah 150 pek
berpeluh la kalau nak buat sengsorang
apa pun alhamdulillah

kalau nak tempah boleh je...tepon no ni 0124750120 tapi yg dok sekitar ipoh dan berdekatannya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MP3