Translate

Pengikut

Saturday 3 May 2014

TEMPAHAN MEE DAN BIHUN


ASSALAMUALAIKUM

apa khabar semua? 
dah siap sembahyang maghrib ke?
entah la kenapa line internet ni masalah sekarang
usahkan nak bukak blog nak menulis, nak komen2 kat fb pun seksa ya rabbi
ni dari petang tadi on nak masuk gambar...ni baru blh

hari ni cuma nak tayang gamba2 projek minggu ni
rezeki minggu ni hanya menerima tempahan mee dan bihun 
alhamdulillah...rezeki dari Allah
mai kita layan gambar2 ni ya



yang ni mee goreng untuk mereka yang bekerja pasang khemah dan rewang pagi sebelum majlis tahlil dan doa untuk Arwah Inspektor Zulkifli yang meninggal di Lahad Datu tahun lalu.
kami berjiran di sini....rumah lamanya di ipoh
sekarang rumah tu dah jadi homestay
tapi isteri dia masih balik kesini dah buat kenduri untuk arwah


ini pulak untuk tetamu pada mesyuarat sebelum kenduri rumah kawan


ini masih gambar kenduri arwah Insp Zul


ini pulak untuk majlis hari lahir pelajar pra sekolah
x banyak pun dalam 3.5kg je
kata cikgu...jangan pedas ye


bihun ni ada seseorang oder untuk apa majlis pun x tau
dia cuma kata ada majlis sikit
x kisah lakan sebab dia dah letak duit dahulu...hehehe

ni yang dah siap goreng...15kg semuanya
nak patah bahu jugak la


semua yang nak kena packing adalah 150 pek
berpeluh la kalau nak buat sengsorang
apa pun alhamdulillah

kalau nak tempah boleh je...tepon no ni 0124750120 tapi yg dok sekitar ipoh dan berdekatannya

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MP3