Translate

Pengikut

Friday 31 May 2013

PENGAT PISANG


Assalamualaikum
salam sejahtera
salam 1 Malaysia
salam Perak Amanjaya

wallah...wallah
yong nak tayang pengat pisang je hari ni

sebelum tu....ampun maaf dipinta
sangat2 sibuk
rumah yong la ni dah macam nak sambut raya lagi semingu
oder tuk biskut x putus2
rezeki tu...alhamdulillah

biasa la bila siang dah bertungkus lumus...malam mula la nak menulis pun malas je
tapi malam ni semangat sikit
bukan pe...kul 11pm ni kena p ambik bujang yong dr tempat silat dia
mata dah ngantuk...kalau layan mata satg lena
anak yong tertunggu2 pulak
maklumla malam ni ayah dia lewat

ok...kita sembang pasal pengat pisang ni
buatnya sangat la mudah dan cepat
ini kegemaran abang yong dari kecik2....kata dia la
tapi kan...rumah yong ni, apa jenis bubur atau pengat mesti nak kena simpan dalam peti ais dulu bagi sejuk
adoiiiii................sedapnya telan

PENGAT PISANG

1 sisir pisang abu..yg masak
santan
gula putih
gula melaka (terpulang)
daun pandan
sagu biji (terpulang)
sedikit garam

...potong pisang
....masukkan santan cair
...masukkan gula
....biar gula hancur n pisang lembut
....jangan lupa masukkan garam dan daun pandan ya
....sagu basuh dan tos
....agak hampir masak masukkan santan pekat dan sagu
,...biar didih dan sagu masak
sejukkan

### macam biasa, kepekatan, manis, bergantung pada kegemaran tekak keluarga ya ###
senang n simple

Monday 20 May 2013

PRATA MURTABAK



PRATA MURTABAK

Selamat petang semua...
dah nak maghrib ni
x pe la kita curi2 masa kejap ya
maklumla time ni mood baik nak menulis ni
macam la banyak sangat menulisnya kan

menu ni tah bila yong buat tuk sarapan pagi
anak dgn suami yong mmg suka makanan yang cenggini...mudah..sedap...senang
lagi pun siapa yang dok rajin belek2 blog yong mmg taukan mana ada menu yang gempak gila
semuanya senang, murah tapi sedap kat tekak
yang penting anak ngan suami kita kenyang
sapa yang setuju

menu ni kengkawan boleh pelbagaikan citarasanya
disebabkan yong x de stok ayam, daging maupun udang...yong guna telur je sebagai bahan utamanya
satg yong bagi resepi ya...
menu ni yong buat kat dalam kuali ajaib tu je
ada yang x tau ke???
meh yong tunjukkan gambar


macam2 kan kita boleh buat guna kuali ni
yong sangat suka
sebenarnya yong x beli pun...mak sedara kasi hadiah
suka la kita ni
jadi sejak tu...ermmm mmg sangat suka guna
x pernah masuk kotak dah
x sia2 makteh yong bagi...hehehe

ok...kita check resepi dan cara2 membuatnya ya

~~RESEPI~~

2keping roti prata kawan
1bj telur A (kalau telur kecik buh la 2 bj)
kubis....hiris nipis
bawang besar....hiris nipis
serbuk kari
serbuk perisa ayam
lobak merah...parut panjang
cili masak....potong panjang
cheese

CARA BUATNYA.....

1/ pukul telur dahulu
masukkan rempah kari
masukkan serbuk perisa ayam
rasa masinnya ya
masukkan kubis, bawang , lobak merah, cili masak
gaul sebati

2/ panaskan kuali dgn api perlahan
letakkan sekeping prata di atasnya.....seperti gambar ni ya
pastikan api perlahan ya


3/ masukkan bahan yg digaul tadi di atasnya
buat dengan pantas tau
###MASUKKAN BAHAN DULU...TELUR KEMUDIAN####
dah letak semuanya....susun cheese
pastu baru tuang telur lebihan tadi perlahan2
mmg dia akan meleleh sedikit
jgn risau pulak
tgk gambar ni ya

cam gini la caranya

4/ pastu tutup dengan sekeping lagi prata kat atasnya
senang kan...cam ni ha


5/ pastu tutup la kuali tu
beberapa minit lepas tu pusingkan kuali tu untuk masak sebelah lagi
kan senang je tu
x risau benda tu nak berterabur ke....bersepai ke
x de punya
pastu bila dah masak...kita angkat la


itu hasilnya selepas dikeluarkan
potong2 la untuk kita makan
itu mana suka...mana sempat
yong buat gini je....



tara......terliur dak
hehehe...selamat menjamu mata sebelum menjamu selera
bye......

Tuesday 14 May 2013

KURSUS PENGURUSAN RESTORAN

assalamualaikum
sihat ke kawan2 yong kat sini
pasai apa tah...sekarang ni asyik sibuk je

ada harinya semangat berkobar2 nak menulis tapi....line pulak sengal
jadi bukan la salah yong kan
line tu yg dengki sebenarnya
hahaha...pandainya cari alasan nak cover diri kan

ermmm....tapi dr 10mei hingga 14mei mmg yong sibuk
yong terlibat dengan kursus pengurusan restoran kat akademi pembangunan belia malaysia
mmg la yong x de restoran lagi...
tapi mana nak taukan....
tiba2 yong ada restoran pulak
uihhhh....tapi fikir banyak kali jugak la nak bukak restoran ni
byk betul kerjanya

emmm...yong nak kongsi sikit gambar2 kat sana
yong mmg jenis tak suka bergambar tapi kawan 2 dah tag masuk....tayang je lah kan


chef kamarul adalah salah seorang penceramah yang dijemput

 ni antara geng yang terlibat
 yong pun nak juga bergambar dengan chef glamour ni


mana chef sampai kebetulan kami bertiga di situ....sibuk la kami ni nak bergambar


sesuka hati je kawan2 yong ni...

ni masa pembentangan kertas kerja....kerana pembentangan ni la group yong berjaya dpt no 1




sampai sini je lah ya yg blh yong kongsi
gambar byk sebenarnya tapi x semua ada kat yong
apa pun...mmg sgt best

Tuesday 7 May 2013

BISKUT RAYA TIBA LAGI





BISKUT RAYA TIBA LAGI......

Assalamualaikum....
ahaaaa.....sibuk ya amat kebelakangan ni
dengan kursus yang memakan masa 8 hari dlm 2 sesi dalam sebulan sangat memenatkan
sihat ke kengkawan yong kat sini....

ermmm....kali ni nak tayang xtvt yang membuatkan hari2 yong kembali sibuk ni
yong dah start dengan sample biskut raya
awalllllllllll...................mmg pun
kebetulan masa pergi kursus baru ni jumpa dgn sorang tauke biskut
dia berminat dengan biskut2 yong
terus tempah n nak sample
alang dah buat untuk dia, yong buat la byk terus

memang tiap2 tahun yong dok jual biskut
best oooooo
bonus setahun sekali
tapi...yong mmg dok buat atas permintaan sepanjang tahun pun

layan la dulu gambar2 biskut ni ya
ada nak tanya apa2....komen je
nanti yong jawab tau....
layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MP3