Translate

Pengikut

Thursday 20 March 2014

PUYUH HALIA (3)


Assalamualaikum
selamat petang...hujan hari nikan
alhmdlh...lega rasanya

mmmmmm....puyuh lagikan
nak buat macam mana semua dalam rumah ni suka makan puyuh
puyuh fresh ni
kebetulan jiran yong bawa balik burung puyuh hidup
dia pun tanya la kalau kami pun nak
sekor rm2,50 je
dapat juga la 12 ekor
puas hati makannya

PUYUH HALIA (3)

5ekor puyuh (potong 4)
sebatang serai
seketul halia muda
6 ulas bawang putih
5 batang cili padi
1 btg cili merah
sos tiram
kicap cair
garam 
kunyit
tepung jagung

...garm kunyitkan burung puyuh tu
....goreng garing...ketepikan
...keluarkan lebihan minyak
...goreng serai, bawang putih, halia dan cili padi
...masukkan sos tiram  dan air
...masukkan sdkt kicap cair 
...masukkan puyuh goreng dan cili merah
...pekatkan dengan tepung jagung
...rasakan kelazatannya

Monday 17 March 2014

PISANG NANGKA GORENG TOGEL


Assalamualaikum
segala puji bagi Allah kerana menumpahkan hujan keatas bumi ini yang agak lama kekeringan
limpah rahmat dari Allah menghasilkan petunjuk2 baru tentang kehilangan MH370
moga mereka semua dilindungi 
andai bernyawa dapatlah kembali kepangkuan keluarga
andai tidak sekurang2nya kuburnya bertanda

hokeyyyyy....
hujan2 camgini mari kita isi perut dengan menu2 terbaik dari kampung
dulu2 masa kecik...bila hujan2 cam ni mak mesti ada idea nak isi perut anak2 dia
salah satunya inilah
tau ke?
ni yong panggil pisang telanjang
tapi untuk lebih sopan, kita panggil pisang togel

nak buat pisang goreng togel ni kena guna pisang yg mengkal...yang tidak terlalu masak
potong biar tebal sikit sebab nak dapatkan rasa gebu tu

PISANG TOGEL

pisang nangka yang mengkal
garam 
minyak

(1) potong pisang....gaul garam....goreng

(2) potong pisang....bancuh air garam...rendam pisang...goreng

mana-mana pun boleh ya

## pisang abu pun sedap ##
cuba la

Saturday 1 March 2014

TEMPAHAN ROTI...BUN KAYA DAN MINI PIZZA


Selamat petang kawan2...panasnya cuaca kebelakangan inikan
sakit kepala dah tentulah
nak makan pun selera berkurangan tapi masalahnya badan juga mau kurus...hehehe
kita layan gambar2 roti/bun ni lah ya
ini tempahan dari sekolah menengah Poi Lam Ipoh untuk murid2 melayu dan cikgu2
x banyak pun dalam 200 biji je.
hari ni depa ada buat acara merentas desa.
mengapa murid melayu????...sbb ini sekolah cina


ini mini pizza yang belum dibakar lagi
nampak gebu x?...puji sendirikan


yang ni pulak bun kaya
dua jenis je buatnya pun sbb itu yang deme nak...kita ikut je


haaa....yang ni baru keluar dari oven...panas lagi
tapi time ni la kalau teringin nak makan pun.
bila sejuk rasa dah x best pulak...
angah dgn abg pun makan masa panas je...dah sejuk semua pandang2 je
setiap tray ada 20bj
sekali bakar yong masukkan 3 tray je wpun oven yong blh muat 9tray


yang ni satu tray blh isi 15 biji je...sbb nak bagi ruang dia mengembang dgn cantik
ada yang teringin ke?


mai...mai...rapat2
kita tengok dekat2


berimpit2 sementara tunggu di packing




semua ni dah siap packing untuk diambil oleh tuannya
kalau anda berminat untuk sebarang majlis dan acara boleh cari yong
murah dan sangat berbaloi
byeeeeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MP3