Translate

Pengikut

Friday, 7 June 2013

IKAN BILIS KICAP


assalamualaikum
sedar tak sedar dah tengah malam
nak tunggu dia loading punya lah seksa

malam ni kan yong sengsorang
ini je lah yang yong masak
tapi walaupun seringkas ni...kalau kena dgn nasi panas
mak oiiiii....x ingat dah orang lain

ingat lagi masa zaman sekolah rendah dulu
kami ni dok kat kampung
ayah yong peneroka kelapa sawit
mak memang masak  nasi pagi sebelum ayah pergi kerja ladang
mana tahan perut makan roti ke makan kuih ke
bukan ada kedai makan dlm kebun tu sementara nak balik thari
yong pun selalu juga bawa lauk ni buat bekal ke sekolah
kawan2 pun ramai yang suka
nostalgia zaman dulu2
adik2 yong pun suka macam yong
lagi satu time lauk ni laku adalah masa bersahur

yong tau macam2 cara org masak ikan bilis kicap ni
cara yong cam gini
kita check resepi ye

IKAN BILIS KICAP NOSTALGIA

ikan bilis
bawang besar...potong bulat
cili padi / cili kering
kicap
air asam jawa

....ikan bilis bersihkan dan goreng garing
...angkat dan ketepikan
goreng bawang besar
...hampir layu masukkan cili padi
...masukkan air asam jawa dan kicap
...bila didih dan ikut kepekatan mana yg kita mahu
....tutup api
...masukkan ikan bilis tadi
...gaul sebati

boleh la hidangkan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MP3