Translate

Pengikut

Sunday, 16 February 2014

Thursday, 13 February 2014

DANOK, THAILAND


Assalamualaikum dan salam jumaat yang barakah
hari ni kita sembang2 santai ya
ini aktiviti yong...abang ...angah masa cuti raya cina tempohari

tentu ada yang tau ni kat mana kan
ni lah pekan DANOK, THAILAND
hari ni nak cerita serba sikit pasai danok ni
sebenarnya bukan ada plan nak ke danok pun. kami p makan kenduri kat Jerlun...malam tu tido kat Alor Setar rumah kakak angkat yong. dia ni kami gelar duta Danok. Bukan apa ...boleh kata tiap2 minggu masuk sana. Bukan masuk kosong...ada bisnes kat sana

Dalam bulan 11 dulu yong dah p jugak dgn dia. angah x puas nak makan2 dan jalan2 kat sana. Datang kali ni dia mula la meracun bujang yong ajak ke sana. Mengeletek la anak bujang tu. Kebetulan pasport abang memang bawak...so..no hal la kan nak masuk

Depa ajak p Hatnyai mulanya tapi dalam keadaan cuti macam ni polis sempadan x syorkan kami pergi. Dia kata jalan2 kut sini dah la...so...jalan2...makan2...cuci mata la


ha...ni la kakak angkat yong dengan suaminya abang Suri. depa ni sporting gila. Kepala sengal macam kami juga. Jenis x merancang...main terjah je. tapi masing2 dah faham kerenah masing2. tu yang boleh berkawan baik dah lebih 15thn. bukan setakat depa berdua sampai mak pak dia pun macam tu.sat lagi yong citer pasal makanan ya


Orang kata...apa kes datang thai x beli beraskan...x kira la beras wangi ke..beras pulut susu ke...beras pulut hitam ke...beras perang ke....apa segala beras yang depa ada la. Yong beli jugak la serba sikit...jangan x beli kata orang. Ada sejenis yang yong beli tu dia suruh campur dengan beras biasa kita. Yong ambik 3kg...balik rumah campur dengan 7kg beras biasa kita. kalau x nanti masak rasa macam pulut. x la mahal sangat dalam rm 4 sekilo beras tu. beras biasa dia pun ada beli jugak tapi x byk sbb malas kat sempadan satg nak bersoal jawabkan. tapi pulut susu wajib la belikannnnn...hehehe


Siapa yang biasa kesana mesti tau makanan ni kan...macam menu wajib kalau p Danokkan. yang x tahu ini la PULUT AYAM....perghhhhhh memang terbaik la benda ni. ada 2 versi yang yong pernah makan kat sana...satunya pulutnya di tanak...macam yg ni. ada satu lagi pulutnya di kukus. 2 dua pun sedap kalau tanya yong... hehehe


ni pun ayam untuk pulut ayam tu...tapi yang ni kami ambik asing sebab nak ratah macam tu je. seketul peha ayam yg besar tu rm5 duit kita. pastu kami ambik pulak kaki ayam yg digoreng rangup...5 ketui sengget. sedap ooo...sbb bila kita oder dia akan goreng sekali lagi bagi garing. kat mana 2 pun kita boleh nampak la benda ni...cuma kena pastikan yang halal ye.


lupa pulak nak cerita...cara makan dia sangat simple...pulut...ayam goreng...bawang goreng n sos cili. pada yong x de sos cili pun x pe...tapi x boleh kalau x ada bawang goreng. itu la pelengkap makanan ni. dia sangat memberi kesan pada makanan ni. ish...ish...ish...kecur liur pulak dah. nasib la jauh nak pergi


yang ni pun macam wajib cari kat danok tu...daging bakar. sangat lembut dan berjus. daging dia di datangkan dalam set yang seperti itu. siap dengan ulam ulamannya dan sos kicap yang agak pedas2 manis. percaya tak...satu hidangan ni baru rm3 je...puas hati oooo. banyak jugak la...kalau kat malaysia senang2 je jual paling tidak rm6 rasanya kalau set macam ni.


haaaaa....nampak jelas x. nampak tak daging dia yang garing diluar tapi masih berjus kat dalam. depa bakar guna arang je...bau asap bercampur dengan rempah ratus dia tu buatkan perut berkeroncong semula kalau lalu kat tepi2 kedai ni...hehehe


ni tomyam dia...rugi besar la datang sini x makan tomyam kan. kami makan berlima...didatangkan dalam satu mangkuk besar. kalau kat sini...mangkuk je besar...kuah je penuh tapi isinya sikit. kat sana penuh dengan bahan2 nya. rasanya juga sangat berbeza dengan tomyam2 yg kedai siam jual kat malaysia ni. kuahnya dimasukkan susu cair. kat sini kalau guna susu cair cuma untuk tomyam putihkan. memang sangat mabeleeesssss.


abang kata...cer kita cuba sup sayur kat sana. kalau x percaya...sepadat2nya tu sayur dan ayam. jenuh la meratah sayur. kalau p cameron highland pun sup sayur dia x macam ni. ayamnya berketul...sayurnya sgt banyak. puas hati betui. memang berbaloi la kami makan. kami bukan makan kat hotel pun...makan kat gerai2 tepi jalan je. tapi boleh bagi 5bintang la makanan dia. 


kih3...konon nya makan bersuap. kami memang gila2. jemput tengok je lah ye.... ok. nanti kita sambung citer lagi

Sunday, 9 February 2014

MEE KARI


Assalamualaikum
lamanya x jenguk rumah kecik ni
lama juga x sembang dengan kawan2 kat sini
biasala kan...bila nak menulis time tu la line ni sengal
kadang2 idea ada tapi sibuk pulak
maaaf la ya

ok...kita sembang pasal mee kari la hari ni
ni yong buat untuk sarapan pagi semalam
simple2 je...ikut apa yg ada dalam peti ais tu

apa jua bahan yg yong nak tulis sat lagi adalah benar belaka
nanti jangan fikir yang yong terlupa tulis bawang dan rempah2 4sekawan ya
mee kari ni ala2 style cina sikit
dia mmg x berapa pekat macam mee kari melayu
tapi rasanya sangat sedap

dulu memang yong dok jual mee kari
sekarang je x lagi...x sempat nak berkira bahan
x cukup kaki tangan kata orang

ok...kita check resepinya ya

MEE KARI

(A)
rm1 rempah basah/rempah giling mee kari
segenggam anak ikan tamban kering
minyak masak

...panaskan minyak...agak banyak
...masukkan rempah basah mee kari
...goreng seketika
...sambil tu kisar anak ikan tamban sampai hancur
...masukkan kedalam bahan rempah
...tumis sampai cukup masak

(B)
rempah tumisan mee kari( dr rempah basah yg dah siap tumis tadi)
daun limau purut
serai
santan
garam
perisa
tulang ayam 
kerang 
(kalau kerang mentah rebus dan asingkan...kalau kerang isi...masukkan sebelum api ditutup)

...masukkan rempah tumisan dalam periuk 
...masukkan sedikit air
(kalau anda santan segera...blh masukkan air secukupnya...kalau guna kelapa parut masukkan cuma sedikit air sbb nanti santan yg kita perah akan jadi byk)
...masukkan tulang ayam
...sebatikan
...boleh masukkan santan , daun limau dan serai ketuk
...biarkan mendidih dan perisakan kuahnya

(C)
fish cake
fish ball
cili potong
daun bawang
bawang goreng
taugeh

SIMPLE JE KAN...MEMANG YONG X GUNA WALAU SEHIRIS BAWANG
ITU SAHAJA...TAPI KENA PANDAI BALANCEKAN RASA YA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MP3