Lama juga x menulis kat sini.....sibuk sikit. Maklumla cuti sekolah ni. Banyak aktiviti jalan2 keluarga. Kali ni pun nak sembang pasal jalan2. Kita mula dengan lepak2 santai kat Lata Iskandar, Tapah Perak ye
Kalau datang ke Perak....especially Ipoh boleh la datang kesini. Sampai ke Tapah, cari la jalan menghala ke Cameroon Highland. Walaupun jalannya umpama ular kena palu tapi berbaloi bila sampai kat sini. Airnya yang sejuk sampai ke tulang dan pemandangan yg amat cantik. Ya Allh.....bila pijak je air tu automatik sampai ke tulang rasanya. menggigil satu badan punya.
Pada yang berminat dengan fotografi.....banyak benda dan tempat untuk di ambil gambar. Yong ni x de camera canggih macam org lain.....ini je yang mampu disnap dek camera tu. Abang yong yang tangkap gambar2 ni. Yong ngan anak dah sejuk bedi dlm air, dia x habis lagi menangkap gambar. Gambar2 ni abg yong tangkap di bahagian atas air terjun tu. Jangan risau,.....bukan panjat kut air, ada tangga kat tepi tu tuk kita naik ke atas. Ketor jugak la kepala lutut kalau x cukup stamina. Tercungap jugak la Yong ni.....hahaha. Maklum la Yong ni jarang excercise.......
Kat sini ada tempat kalau nak sembahyang pun. ada jugak orang jual makanan. Jadi bila dah berendam dan perut lapar x yah susah hati. Kalau yang rajin tu boleh la terus ke Cameroon Highland. X jauh dah. Malam ni Yong nak tayang gambar makanan yang sempat yong masak. Tapi resepi tuk ikan asam pedas tu yong dah masukkan dulu.....layan gambar je lah ya
1/ TAUGEH GORENG BERKICAP
2/ DAGING KUNYIT SPECIAL
3/ ASAM PEDAS KAK NORA
Sori la yek......layan gambar dulu. esok2 yong masukkan resepi daging ngan sayur tu. Tapi kalau x tulis pun ramai yang dah taukan......cuma cara masak daging tu special sikit resepinya. Ini resepi my hubby.....bujang Yong pun dah pandai buat ni. Jamin terbaekkkkkkk. So...tunggu ya. Sampai sini dulu malam ni.
Assalamualaikum semua.....bye