Translate

Pengikut

Wednesday 22 January 2014

SAIZ BAHULU KEMBOJA


assalamualaikun
pagi ni yong x dapat nak sembang panjang2 ye
ada tugasan yang sangat penting

macam ni ceritanya....
kebelakangan ni ramai pulak yang dok tanya yong tentang saiz bahulu ni
ye lah kan...kita nak membeli mesti la nak tau semuanya

ok...yong guna acuan saiz 2
itu standart saiz utk bahulu ni dan lebarnya 12 . 5cm

harap yang bertanya berpuas hati dan dapat jawapan yang diingini
sekian terima kasih

Saturday 11 January 2014

ROTI TELUR SPECIAL


Ni menu pagi tadi...tapi biasa la kan...ambik masa nak update
antara menu pagi yang paling simple dan nak cepat
yang penting angah sangat suka menu2 macam ni
dan macam biasa...menu ni yong guna kuali ajaib
kalau x de pun x pe...x de hal punya
apa jenis kuali leper pun boleh ye

ROTI TELUR SPECIAL

4 kpg roti putih
3biji telur
1 labu bawang besar yg sederhana
daun sup
2 batang fish cake
garam

....pukul telur sebati, masukkan garam
...cubit2 roti
...potong2 fishcake
...potong daun sup
...dadu bawang besar'

campurkan semua bahan kecuali roti
tuang semuanya kedalam roti
gaul sebati sampai telur meresap kedalam roti

panaskan sedikit minyak
tuang adunan kedalam kuali
tutup sebentar
bakar kedua2 arah
boleh la dihidangkan dengan sos cili dan mayonis
yong udah x sempat nak hiasnya

## segala bahan boleh adjust sendiri ya ##

Wednesday 8 January 2014

SUP SUHUN DAN PUCHUK


Perghhhh....sape suke...hehehe
senangnya dalam hati...masak simple2 begini
tapi yang pasti semua isi rumah suka
komfom semangkuk besar ni sekali hadapnya...
kalau yong la...x berlauk dah pun x pa sbb dah ada telur
paling dasyat pun kawan dia ikan goreng atau telur masin atau ikan masin
aimakkkk...x noleh dah kata orang

hari ni bukannya malas mana pun tapi biasala
selang seli hari mesti kita masak yang simple kan
ini yong tumis air je
bukan dok buat sayur lemak pakai santan pun
ingat tak bulan puasa dulu
kalau rumah mak mertua yong...seperiuk besar kena buat utk sahur
semua anak cucu menantu dia suka

orang tua buat biasala...sempoi je
dipotongnya cabai kering je kat dalam tu
kalau ada pucuk asin2 atau pucuk manis dibubuhnya
memang la sedap

ok lah...mai kita semak2 resepi ni

suhun
pucuk
ubi kentang
telur
bawang merah
bawang putih
garam 
secukup rasa
cili merah

...tumis bawang putih dan bawang merah
...masukkan kentang dan air
...biar sampai kentang lembut dan masak
...sebelum tu rendam dulu suhun dan pucuk
...dah kentang masak masukkan suhun pucuk 
...boleh pecahkan telur berapa biji yang anda mahu
...masuk kan garam dan perisa secukup rasa
boleh hidang panas2

## kalau nak dapatkan telur tu sebiji2...masukkan telur dahulu kedalam kuahnya...bila telur dah mula mengeras baru masukkan suhun da pucuk ##

Tuesday 7 January 2014

DAGING GORENG REMPAH KURMA


Assalamualaikum...selamat tengahari
dah solat zohor ke kawan2
dah makan tengahari...yong belum makan lagi

ish...ish...ish...bila  musim rajin melanda tiap2 hari masuk rumah ni
bila MMMMMMM datang bertandang....ermmm bukak pun tidak
dah rope musim hujan dan seangkatan dengannya pulak

hari ni masak simple2 je
sembang panjang pun x gunakan
yang mana lapar tu sempat la nak p menggoreng lagi ni

DAGING GORENG REMPAH KURMA

daging
kunyit
garam
rempah kurma
bawang besar
cili padi
halia

...daging tu potong masa dia beku...keras
...guna pisau besar utk ayam tu potong nipis2
...pastu baru rendam utk lembutkan daging
...gaul dengan serbuk kunyit..garam dan rempah kurma
...pastu goreng
...jgn terlalu lama sbb daging tu nipis je
...masukkan halia, bawang besar dan cili padi
...dah masak bawang halianya boleh angkat
...simple je kan tapi sedap ooo
...try la sbb bau rempah kurma tu memberi rasa lain pada gorengan daging tersebut

NASI AYAM HAINAN TAUGEH....IPOH MALI


Assalamualaikum....selamat petang
udah hujan pulak petang2 gini...macam hujan panas je
kata Sudirman...
"hujan yang turun bagaikan mutiara"

mesti semua dah makan tengaharikan...dah nak masuk asar pun
patutnya time gini tayang gambar minum petang tapi baru nak masukkan gmbr mkn thari
untuk minum petang ni yong dah buat serimuka durian...tapi nanti lah baru yong masukkan

hari ni dengan rajinnya yong masak NASI AYAM HAINAN TAUGEH
entah bila hari tu abg bawa yong p makan nasi ayam taugeh
jadi hari ni yong buat la tapi hainan style
biasa la kan...yong semuanya nak yg senang, simple tapi sedap
x sangka pulak menjadi dan sangat sedap
hehehe...sapa lagi nak pujikan...abang dengan angah kata meletoppppp

ok...ok...kita check resepinya

NASI AYAM HAINAN TAUGEH

SUP
air secukupnya
halia
bawang putih
serbuk sup
garam
perasa
ayam

....rebus air bersama halia, bawang putih, garam dan perasa
...biarkan sampai mendidih besar
...baru masukkan ayam
...biarkan ayam dlm air didih tu selama 20 minit
...angkat dan biarkan ayam di tos kering
...sup ini digunakan utk masak nasinya
...selepas dikeluarkan untuk nasi...sup ini ditambah dengan satu sudu serbuk sup
...rasa masin dan perasanya



NASI AYAM
 4 pot beras
se inci halia
3 ulas bawang putih
1 btg serai
sehelai daun pandan
1/2 st minyak bijan
1 st sos tiram

...tumbuk halus bawang putih dan halia
...tumis dengan mentega bersama minyak masak
masukkan daun pandan dan serai ketuk
...masukkan minyak bijan dan sos tiram
...masukkan beras dan goreng seketika
...masukkan air sup tadi
...masak seperti biasa
...jangan lupa rasa garamnya



SOS MERAH
3btg cili merah
7 tangkai cili padi
3 sb perahan limau
3 sb gula
3 ulas bawang putih

...blender semua...masak
...pandai2 ejas rasa masam manisnya ya



SOS KICAP
5 ulas bawang putih
3 btg cili padi
kicap pekat
gula (terpulang)
tepung jagung

...blender semua...masak
...masukkan tepung jagung utk pekatkan kuah
...kemanisan bergantung sbb kicap pekat dah manis



TAUGEH
taugeh
kicap cair..(yg kita makan dgn telur separuh masak)
minyak bijan
kuah sup

...celur taugeh dlm 30 saat ke 1 minit
terus basuh dgn air sejuk
...satukan kicap cair...minyak bijan dan sedikit kuah sup
...tuang di atas taugeh dan ayam



AYAM
potong ikut citarasa keluarga
ini belum ditambah taugeh dan sosnya

yang ni dah di letakkan taugeh dan sos nya
harap semuanya berpuas hati

SELAMAT MENCUBA DAN MENJAMU SELERA

Monday 6 January 2014

PASTA DAGING BLACKPEPPER


Assalamualaikum
selamat malam
malam ni masak western food sebab nak buat yang simple
biasala kan...adakalanya kita ni malas nak memasak malam2 hari
petang tadi anak dgn abg dah makan mee goreng
ingat kan dah kenyang giler
tiba2 lepas maghrib boleh pakat merungut kata lapar
ya allah...malasnya nak masak lagi
dekat setengah jam dok memikir nak masak apa
walaupun dah keluarkan daging...kentang dan pasta tapi kepala kosong
lastnya bila dok fikir pukul 9 nak tgk masterchef...masak la jugak
kali ni menu ni mmg simple gila
bahan semua sangat senang dan segera

lastnya...perkara pertama panaskan minyak utk goreng kentang
pastu panaskan air utk rebus pasta
daging tu cuma perap dgn garam dan lada hitam

ok...ok...kita check resepi ni ya

PASTA DAGING BLACKPEPPER

6 keping daging sirloin (steak)
garam 
lada hitam

....perapkan semuanya
...goreng dalam kuali ajaib setiap belah dlm 3 minit
...letak minyak sedikit dalam kuali tu

kentang
...macam biasa, goreng je dgn minyak penuh ya
...x perlu tambah apa2

200gm pasta
garam
2 sb minyak zaitun
1 bj perahan lemon
1 btg cili besar
1/2 bj bawang besar
3sb serbuk cheese

....rebus air...masukkan garam...dah didih masukkan pasta
...satukan bahan lain termasuk garam
...kalau sebati
...cili merah tu keluarkan biji dan dadukan
...bawang besar juga dadukan 
...serbuk cheese tu bancuh dgn air panas

...pasta yg dah siap direbus tu masukkan dalam bancuhan minyak dan lemon
...selepas tu gaulkan bersama serbuk cheese yg dibancuhkan tadi

kuah blackpepper
lebihan bahan selepas menggoreng daging tadi
air panas
1/2 c sos lada hitam (dlm botol)
kiub pati lembu
...panaskan semuanya
...kepekatan bergantung pada anda

SELAMAT MENCUBA

Sunday 5 January 2014

PULUT DURIAN MENTAH

Assalamualaikum
selamat pagi semua
perghhhhhh.........yong pepagi lagi dah masak pulut makan dengan durian ni
bukan apa, abg yong x suka makan durian mentah macam tu je jadi yong masakkan lah pulut
ada sesapa lagi yang suka pulut durian macam ni tak


hari sabtu tu yong balik kampung
semalam petang baru balik sini
sekarang ni tengah musim buah 2 kat kampung tu
dah macam pesta pulak
yong angkut la dekat penuh bonet kete ni
berkongsi rezeki dengan jiran tetangga
mana nak terhabis makan kalau kita sajakan


belah 2 biji yang besar ni pun dah x larat nak makan
buah ni jenis isi tebal...adoiii kenyang dibuatnya
tapi ada jugak orang yang tak suka makan cara begini
masing2 punya citarasakan
baru ni dah buat bubur kacang dengan durian

ok lah ...mai kita check resepi yang paling simple ni

PULUT DURIAN MENTAH

300gm pulut
air
santan 
gula
garam
durian

....masak pulut bersama air
(cara paling mudah mak ajar utk masak pulut adalah....macam masak nasi juga TAPI  kalau sukatan air utk nasi tu 1 : 1 ikut sukatan jari...utk pulut 1: 3/4)
bermakna kalau pulut paras sukatan pertama jari...airnya perlu 3/4 je
dah cukup lembut la tu
api pulak x mau kuat
nanti berkerak di bawah

kelapa/ santan di perah dengan air panas
di campur dengan garam

...hidangkan
masukkan pulut
masukkan durian
taburkan gula
tuangkan santan bergaram tadi
gaul sebati durian dan pulut tersebut
selamat mencuba

Thursday 2 January 2014

BAHULU PECAH 8 / BAHULU KEMBOJA


Assalamualaikum
hujan pulak di tengah hari Jumaat pertama di Jan 2014 ni...hujan rahmat tu
hari ni kita x de nak kongsi resepi pun cuma nak sembang pasai aktiviti musim cuti yong

ini namanya menumpang rezeki orang kawen
yong memang menerima tempahan untuk bahulu kemboja ni bagi apa2 jua majlis yang orang mahu. kebanyakkan hari2 cuti memang yong terpaksa tutup kedai seketika kerana lebih menumpukan kepada projek bahulu dan roti 
kat sini yong masukkan beberapa keping gambar berkaitan bahulu ni yang dah siap dibungkus dan dipotong


biasanya bila dah mengadap bahulu ni memang terpaksa tinggal semua kerja2 lain. memang memberi tumpuan penuh kepada pembuatan sahaja
kalau tak silap ini tempahan dr sahabat fb juga yng berada di kl. kendurinya di penang...sambil tu dia singgah di ipoh untuk ambik


yang ni juga tempahan dari sahabat fb di Johor. kebetulan kampungnya x jauh dari ipoh...jadi yong hantar...800biji. anaknya kenduri kawen


yang ini kalau tak silap tempahan untuk majlis berendoi anak seorang kenalan
tak banyak pun dia ambik dalam 150bj ke
apapun...kita kena bersyukur kerana menghadirkan rezeki untuk kita
alhamdulillah


pelanggan yang ini membuat tempahan selepas dia ke satu majlis kenduri yang menggunakan produk dr yong ni. dia dapatkan no telefon dr tuan rumah dan hubungi yong kemudiannya.


yang dah siap potong ni biasanya tempahan dari seorang kawan yang mendapat tender untuk kuih2 hotel...untuk bahulu ni dia biasanya ambik dari yong...memang dia minta potong siap. ini kami namakan konsep kongsi rezeki

jadi kalau anda berminat pun boleh hubungi yong ya
mana la tau untuk buah tangan kepada tetamu
boleh hubungi yong 
sms...whatssapp...call...0124750120
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MP3