Translate

Pengikut

Saturday 20 April 2013

SURAT UNTUK AYEEN


ASSALAMUALAIKUM SEMUA
SURAT NI YONG TULIS KHAS UNTUK ARWAH ANAK YONG SEMPENA 3 TAHUN PEMERGIAN DIA MENGADAP ILAHI
SAJA YONG KONGSIKAN DI SINI
AL FATIHAH.....


SURAT BUAT ANAK MANJA IBU....SITI AISYA SYAZREEN

Assalamualaikum sayang,

Doa ibu agar adik terus tenang di sana. Entah la dik, ayat apa yang ibu harus tulis di sini. Hanya al fatihah yang mampu ibu kirimkan

Adik ayeen, hari ni dah 19 april 2013....bermakna dah genap 3 tahun adik tinggalkan ibu, ayah dan angah. Adik menyusul menemani kaklong di sana. Doa tak putus ibu kirim agar adik dan kaklong bersama di sana. Berbahagialah anak-anak ibu hendaknya.

Adik....ibu rindukan adik. Rindu yang tak dapat ibu gambarkan. Rindu sangat-sangat. Mungkin tak kan berakhir rindu ini hingga ibu menutup mata.

Adik ayeen.....semuanya bagai mimpi. Bagai semalam terjadi. Sakitnya masih sama. Deritanya masih terasa. Ibu ingat setiap saat detik- detik akhir adik. ibu nampak....ibu rasa...

Adik....airmata ibu tumpah lagi. Tak terhitung hingga hari ini...hingga saat ini. Tak terluah apa yang terbuku. Terkunci kata-kata.

Sayang ibu....

Memiliki anak seistimewamu benar-benar mematangkan ibu. Menjadika ibu seorang wanita matang dari seorang anak manja. Ibu belajar menjadi manusia paling sabar.....belajar menghargai....menyayangi seikhlasnya....menerima semampunya.

Sejujurnya sayang, ibu pohon ampun sebab tak bersama adik seawal kelahiran adik. Bukan ibu benci, bukan ibu menolak takdir tapi......ibu sangat-sangat terkejut. selama 9 bulan dlm kandungan....semua yang baik-baik sahaja ibu terima. Adik tau kan, selepas kaklong pergi tinggalkan ibu....abangngah menjadi gantinya. tak ada tanda-tanda yang adik akan seistimewa ini. Hancur luluh hati ibu sayang.

Tika itu ibu terfikir yang adik juga akan tinggalkan ibu. ibu tak boleh terima semua itu. betapa susahnya menerima kenyataan dik. Syukur dik....ibu punya suami iaitu ayah adik yang sangat memahami. Selepas ibu dirujuk kepada kaunselor hospital....sedikit demi sedikit ibu menerima takdir ini.

Kata ayah...ambillah masa untuk diri ibu dahulu. Andai kata ibu tetap tak sedia menerima, ayah berjanji akan menjaga adik selamanya. terkejar-kejar ayah setiap hari. Mana nak jenguk ibu...mana nak tenguk adik. Ya Allah, akhirnya ibu redha seikhlasnya. Ayah dan pihak hospital adalah orang yang paling gembira bila ibu suarakan untuk berjumpa adik.

Sejak itu kita tak pernah berpisah. adik membesar di atas dada ibu. 5 tahun pertama adalah paling getir. kalau orang lain kata dah seminggu tak tidur malam sebab anak demam....ibu tak tidur 5 tahun dik. Sepanjang masa adik cuma mahu duduk dalam buai sahaja. Walau buta, pekak dan bisu....adik tetap tahu itu tangan ibu.
Kadang-kadang nak mandi pun tak sempatkan.

Ibu redha semua tu adik. Ibu halalkan susu ibu....ibu halalkan keringat ibu....ibu halalkan airmata ibu. Semuanya dik.

Apapun situasi adik....itulah kenangan terindah antara ibu, ayah, angah dan adik. Adik tetap hidup dihati kami....dilingkung hidup harian kami.

Ketahuilah sayang

Betapa susahnya untuk ibu menerima kenyataan yang adik telah pergi. Ibu ingat lagi....berlari doktor yang bertugas bila ibu beritahu situasi adik. Ibu dah tahu adik dah pergi masa dalam kereta lagi...tapi ibu kuatkan hati sebab ibu memandu ketika itu. Ibu makin percaya adik dah pergi bila semua mesin yang dipasang sudah tak berfungsi.

Tahukah adik...walau doktor dah mula gelengkan kepala....ibu tetap berharap. Ibu yakinkan hati. Tapi......ibu lupa segalanya bila doktor mengesahkan pada ibu. Apa yang ibu tahu selepas itu....ibu dah terbaring atas lantai klinik. lemah longlai. Ibu sangat sedih. Ayah tak ada ketika itu.Mujur ada opah dan angah. Sayunya hati bila tengok adik diselimutkan...dikiamkan...dirapatkan kaki...Ya Allah....hancur luluh ibu.

Sebagai bakti akhir....ibu sendiri yang ribakan adik semasa dimandikan. Seksanya menampung airmata. Ramai yang berpesan agar ibu jangan meratap. Bagaimana ibu nak kawal diri....kata-kata akhir ayah masa adik dikafankan menyentuh hati ramai orang, bukan hanya ibu. dalam ciuman akhir, ayah berkata...."sampai di sini derita adik....pergilah. Ayah redha dan relakan....di sana syurga menanti"

Adik....
Hingga hari ini masih terngiang2 lagi bunyi tanah yang jatuh untuk menutup pusara adik. Bunyi itu menghantui ibu hingga hari ini. Saat itu memang ibu sedar yang ibu tak akan dapat menatap wajah adik lagi.

Hingga hari ini, tak pernah jemu kami meziarahi pusara adik dan kaklong. selama 15thn pemergian kaklong, 3thn pemergian adik....di situlah rumah kedua ibu dan ayah kini. Memegang, memeluk, mencium nisan itu menghuraikan derita rindu ibu ini.

Pergilah sayang. Redha ibu mengiringimu sayang.

Ya Allah...kuatkan lah hati hambamu ini. Tabahlah aku meniti hari-hari mendatang. Pandulah aku ke jalanMu.
Ya Allah....tempatkan lah anak-anakku di dalam syurgaMU. Jadikanlah kubur mereka jalan untuk ke syurgaMU. Berbahagialah mereka di sana....amin

Ibumu,
Norhayati Yahaya
 — with Wild Bee.

Monday 15 April 2013

PUDING KASTARD

Assalamualaikum,
sape x tdo lagi.....cer angkat tangan sikit....hehhehe

mmmm....malam ni kita sembang pasal puding ni ya
yong buat semalam masa anak jiran sebelah kawen
bapa pengantin suka makan puding cocktail ni 
musim2 panas ni...hirup puding sejuk dari peti ais.....pengsan
hilang dahaganya

simple je puding ni
mula2 yong belajar buat puding ni masa hari raya lepas kawen 16thn dulu
pergi rumah sepupu abg,....dia jamu puding cocktail ni
terus la jatuh hati....
hilang malu jadi pengantin baru masa tu....terus tanya resepi
ya ampun....buruk perangai yg bermanfaat tu

hari ni kita kongsi kat sini pulak ya

PUDING COCKTAIL....my stail

1/ Puding kastard:___

1 c tepung kastard
3 c air
gula secukupnya

....campurkan semuanya
....kacau atas api sampai berkilat
....boleh guna apa jua acuan atau dulang yg suka ya
(yg ni yong guna acuan bentuk bunga ros)
....tuang bg sejuk

2/ Sosnya:___

1 tin susu cair
4 tin air
6 st tepung kastard
gula secukupnya
mix fruit
nata de coco

.....satukan air, susu cair, gula, air dr mix fruit dan tepung kastard
.....masak sampai cantik....x cair sangat...x pekat sangat
(agak2 ya kuahnya...kalau cair sangat x cantik....pekat x elok....sedang2 je)
....masukkan buah2 an....
....sejukkan dlm peti ais

____bila hidang, curahkan kuah ke atas puding kastard tadi

Thursday 11 April 2013

RENDANG UDANG BERSAMA KACANG

Selamat malam kengkawan.....
sihat ke?...maklumla cuaca x menentu sekarang ni
ye lah kan....macam2 demam ada sekarang ni.
jangan lupa weiiii.....demam pilihanraya yang paling meledak sekarang ni

dah....dah....kita sembang2 santai je kan
x mau kisah politik kat sini
apa yg anda pangkah...siapa yang anda sokong bukan masalah pada yong
kat sini kita kawan2....punya minat yang sama...memasak

hari minggu lepas rajin ya amat la ni
p kedai tengok ada udang kertas besar2.....uiiit susah gak nak dapat kat sini
selalunya kecik2 je
sambar juga la dalam sekilo.....
yong mmg suka makan udang.....mabeles2
tergerak la hati nak buat rendang udang ni....ada pulak kacang buncis ni
mak yong suka panggil kacang pin....pernah dengar x?

kalau keluarga mertua yong, rendang macam ni deme panggil "masak membei"
deme org perak jati...Sayong kat Kuala Kangsar
tau ke???.....ala....tempat yang terkenal dgn labu sayong tu
lawa2 o labu sayong deme....nanti lain kali yong citer ya

mai kita check resepi dulu...
ada kelainan sikit pada rendang ni ya...
ooooo.....lupa nak bgth, rendang ni yong makan ngan nasi putih tapi abang yong makan ngan pulut kuning
insyaallah, esok yong masukkan pasal pulut kuning tu pulak

RENDANG UDANG BERSAMA KACANG
( x de sukatan rasmi ya kawan2.....adjust ikut lidah keluarga ya)

1/2 kilo udang....suka hati nak beso mana
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
1' halia
2 batang serai....besar punya
2sb rempah kari
daun limau purut
santan
kerisik
garam
asam keping (terpulang)
gula / perisa (terpulang)

.....kisar bawang, cili, halia, serai, serbuk kari
.....tumis dgn sedikit minyak
......agak2 garing, masukkan santan....terus kan kacau
.....hampir pekat masukkan kerisik
.....sebati....masukkan udang dan kacang
....masukkan daun limau purut
.....perisakan secukupnya
....udang x perlu dimasak lama....jadi pastikan kuahnya secantik yang anda perlukan ya
....sebati gitu....tutup api
....blh dihidangkan dgn nasi putih atau pulut kuning

Sunday 7 April 2013

CHICKEN CHOP

Assalamualaikum......
berpeluh2 dah tengahari ni dok menyapu sawang kat dinding blog ni
almaklumlah dah seminggu x jenguk ke mari
biasa la kita ni kan manusia....bila angin rajin tu....wah, warna warni dinding ni...
bila angin mmmmm bertiup, faham2 sendiri lah ya
lagi satukan....kebelakangan ni line internet meragam je

ni nak nayang chicken chop yang yong buat tuk makan malam semalam
bila dah abang yong memenuhkan petiais yong dengan stock barang frozen....ha itu time kena la rajin2 masak
baru ni dah dibelinya ayam tuk chicken chop....tulang rusuk....daging burger.....ikan dori....squid ring.....steak.....macam2 la termasuk, jenis2 pasta dan sos

pagi semalam yong dah buat burger bergandingan dgn salsa....mlm kita masak chicken chop pulak. jadi mai la jenguk2 resepi yong yang simple ni

CHICKEN CHOP

ayam:::::

3ketul paha ayam yg dah dibuang tulangnya
.....ketuk2 bagi nipis sikit ya
garam
lada hitam
minyak masak
......gaul sebati ya termasuk minyak
......yg ni yong bakar ayamnya menggunakan kuali ajaib tu.....hihihi

kentang::::
....cam biasa la goreng je

salad:::::::

brocoli....celur
bunga kubis....celur
tomato....belah...buang biji
daun sald....potong
mayonis
perahan lemon
garam....kalau perlu

.....satukan.....
###kalau ada sos coselow guna je####

sos ayam::::::
(maaf sbb yg ni mmg yong x de sukatan....rasa2 la ya)

bawang besar
bawang putig
1 tin cendawan butang
hp sos
lp sos
sos cili
sos tiram
lada hitam
garam
perisa
tepung jagung

......kisar bawang n separuh cendawan
.....masukkan kedalam periuk dan tambahkan air
.....masukkan semua jenis sos....sebatikan
.....didih, masukkan cendawan hiris
.....rasakan secukupnya
.....pekatkan dgn tepung jagung




Monday 1 April 2013

IKAN BAWAL MASAM MANIS

Assalamualaikum......ada sape2 tak malam ni

aduhai.....lama jugak la x menulis kat sini
dah banyak habuk n sawang ni
dah kibas2 baru la boleh bernyawa sikit

maaf la ya sbb yong sibuk sangat kebelakangan ni
seminggu sebelum cuti sekolah tu dok kalut siapkan tempahan cookies dr org kenduri
x dan nak menjenguk kat sini
cuti sekolah baru ni pulak ada la jalan2 sikit
abang yong bawa g singapore pusing2.....balik kampung....pastu xtvt kesukaan family yong.
pe lagi memancing la. 
kali ni kami mancing kat pulau ketam
ketagih tau bila ikan pagut umpan kat pancing kita....kepuasannnnnnn

tapi ikan kat atas tu bukan la ikan yang yong pancing 2 hr lepas
ni entri tertunggak2
tak pe kan....gambar tak basi punya
kita check resepi la ya

BAWAL MASAM MANIS

1ekor ikan bawal
1 labu bawang besar.....dadukan
2 batang serai.........hiris nipis
5 biji cili padi......hiris
1 biji cili merah......hiris
1 biji tomato......dadukan
lobak merah....dadukan
nenas.....dadukan
bawang putih......cincang halus
halia.....cincang halus
sos cili
sos tomato
sos tiram
perahan limau

goreng ikan yg disapu dgn garam dan tepung jagung

tumis bawang merah, bawang putih dan halia
wangi....masukkan serai...lobak merah
agak lembut masukkan bahan yg lain
perisakan dgn garam, gula, dan perahan limau

tuang bahan kuah ke atas ikan yg dah siap digoreng

selamat mencuba.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MP3