Translate

Pengikut

Friday 30 November 2012

menanti pelangi


MENANTI PELANGI

Hujan

titismu mengisi kolam rinduku

menghadirkan pelangi di kaki remang cahaya panas kasihku

mewarnakan senyum dengan tempias rintik cintamu

walau tak tergapai tuk kugenggam indahmu

percayalah

di sini aku

penanti yang menanti dan memerhati

indahnya cahaya di dada langit hatimu

 

~~danhayati~~

231112 23:00

 

Wednesday 28 November 2012

SEAFOOD AGLIO OLIO SPAGETI

ahaaaaaaa............

walawehhhh........

x sangka gak rupanya ada yang sentiasa menunggu post2 baru dari yong. maklumla kan , yong ni orang yang baru2 belajar berblog ni. tapi itu lah pembangkit semangat. terima kasih ye pada sesape saje yang dok ikut blog ni secara x langsung

super simple tuk kali ni. mana pandei buat yang susah2kan. yong ni berniaga jadi kena masak yang simple2 je.yang penting sedap. ni menu breakfast tah hari apa, dah lupa. dalam 15minit dah blh hidang. dlm 5minit dah blh settle.....hehehe. try la kalau x caya. disebabkan oleh itu maka sembg kita hari ni pun pendek je. boleh la layan "seafood aglio olio spageti"....fuhhhhh nama x boleh blah punya. kahkahkah

SEAFOOD AGLIO OLIO SPAGETI
(tuk 3org)

125gm spageti
4ekor sotong
9ekor udang
3 ulas bawang putih(cincang)
1st lada hitam (hancurkan)
1bj cili masak(cincang)
daun sup(cincang)
garam
minyak zaitun

>rebus spageti (jgn lembik ya).
#jgn lupa letak garam dlm air rebusan tu ya#

>panas minyak zaitun
>tumis bwg putih.....garing
>masuk udang ngan sotong
>masuk lada hitam ngan cili
>masuk spageti ngan garam
>masuk daun sup.....tutup api
> blh hidang

Tuesday 27 November 2012

PENGHUJUNG LIKU

PENGHUJUNG LIKU

Tika remang senja menghampiri

kaki langit semakin kelam

bayang malam mendatang

menutup kisah duka hari semalam

di sini aku memandang dari kejauhan

kuhitung detik detik hari semalam

yang telah berlalu tanpa alasan

di sini jua aku

temui penghujung lkunya

yang selama ini aku teraba sendiri

tahu ada sesuatu dalam kelam itu

gagauku yang tak terasa

lontarku yang tak mengena

kini aku sedar

sedar tentang khilaf diri

sedar tentang harga hati

sedar tentang penamatnya begini

terima kasih wahai diri

kerana amat memahami sendiri


~~danhayati~~

271112 20:42

Saturday 24 November 2012

Morning....morning....morning
     Wa.....ini olang talak boleh pakai ooooo. pagi2 lagi sudah tayang itu gambar buah.
     Hehehe, baru kul 10:16am, yong share gambar buah ni. kenei ke kome buah apa ni. masam weiiiiii......sampai kerut muka, terpejam mata gigitnya. Tapi toksah dok tipu ler....ramei yang meleleh ayor lior nengoknye. ha....ha....udah meleleh ke pipi....hehehe. aje ngecorkan lior nengoknya.
    Ini kampung punya, muda camni masam x blh nak citer. wow.....tolong, nuleh ni pun dah dok nak kesat mulut. Memasing tolong jaga mulut ya......ya ampun. Tapi bila masak pun idok la manis bebebo macam yang siam punya. Masam2 manis tu yang buat sedap tu. Ngape yang siam tu manis beno pahtu beso ngan bujur buahnya. Yang kampung ni elok je bulat ngan comel je.
    Buah ni yong ngambik kat pokok belakang rumah jiran mak kat kampung. Pokoknya kemain lagi beso....buahnya 2 tangkei je. Punya la Yong nenang dari dahan ke dahan....ropenya terselit 2 tangkei. Bukan pe, adik ipor Yong ngandung, tentu suka buah2 asam ni. Jadi le buat lepas kempunan kata orang. Jangan pulak ada yang ngandung kat sini nak ye....mana lagi yong nak cekoh. La ni musim doyan, moktan dan seangkatan la. Yang tu boleh la diusahakan
     Kome ade dak kenangan ngan buah ni masa kecik2 dulu. Dulu, lepas balik sekolah, kami ngambik buah ni, bubuh garam siap2 atas tapak tangan pastu nyicah. sekali gigit terasa la masam campur masinnya. Terlompat2 nahan masam.....tapi nikmat oooo. Tu dedulu le, cer buat gitu gini hari, buruk beno ropenya. Pastu ramai2 g mandi sungai. Bila dah makan buah ni kumur pulak ngan air sungai, kelat je rasa mulut.....ponah kome buat rope tu?
    Paling best nengok bijinya. Kome ingat ke warna ape? Warna ungu......haha, ingat pun. Lawa je warna biji tu. Tapi hat yang muda la, yang tua udah x mandang warna tu. Ade ke buah lain yang bijinya warna ungu....cer kabo kalo kome tau.
    Lupa pulak nak nulis nama buah ni.....ada yang manggei MENIA, ada manggei STAQ. Ikut la mana yang suka janji buahnya sama. Udah la kome, x tahan perut dok cerita pasei buah ni. Buat asam kat sambei belacan pun sedap ni.....MOH KITA CARI,,,,, buat asam sambei tengahari ni

Monday 19 November 2012

GULEI ASAM TEMPOYAK

Selamat tengah malam.....
   Waaaa, memalam buta melayor gambar gulai asam tempoyak. Udah tinggei sekor pun baru tingat nak ngambik gambonye. Punya sedap makan sampei Yong lupa nak kongsi dengan kome semua.
   Aha.....faham ke weiii bahasa perak ni. Belajo2 la ye. Mungkalu tersesat ke Perak, daerah Kuala Kangsor ke, Parit ke....cakap deme rhope ni le. Gesek2 la lidah dulu ye, bagi lembut kata orang.
   orang Perak ngan tempoyak mana boleh dipisahkan. Macam irama dan lagu le gayanye. Andai dipisah pincanglah irama. Cewah3x...macam2 cara masak guna tempoyak ni. kita pelan2 le. sekarang ni musim doghoyan weii, buat tempoyak bebanyak pahtu simpan elok2 dlm peti ais . Bila rasa teringin je, masak la...pe lagi.
   Yang ni Yong namakan GULAI ASAM TEMPOYAK. Mesti ade yg kata ngape x panggil gulai tempoyak je. Gini....pada Yong kalo cayor rope ni panggei gulai asam le, kalo yang kuah pekat melekat tu baru pior gulai tempoyaknye. Kita cuba yang ni la dulu ye dak. Yang nak diet tu elok beno makan rope ni....x berlemak. Yong pulak x daye nak diet, hat rhope ni lagi banyak nambah nasik ade le.....haru betui.
    Check in resepi la....melalut je kojernye


GULEI ASAM TEMPOYAK
(x de sukatan khusus ye)

3ekor ikan mabong
7bj cili padi
2bj bawang merah
1btg serai
kunyit (serbuk blh, hidup blh)
asam keping* (bergantung)
garam
gula
taugeh kasar
2sb tempoyak

~~tumbuk cili padi, bawang merah, kunyit hidup
~~ketuk serai
~~satukan dalam periuk bhn tumbuk, serai, tempoyak, air
~~rebus biar didih dan tempoyaknya larut sebati
~~kalau tempoyak baru kena masukkan asam keping la
~~masukkan ikan dan taugeh kasar
~~masukkan garam, gula......ikut citarasa ya
~~pastikan sesedap rasa
~~boleh dihidangkan

Saturday 17 November 2012

RUANG KECIL UNTUKMU


Ruang kecil itu kubayangkan seluas maya
kuisi cinta seluas taman angan
kuisi rindu sejauh pandang mata
kutitip kasih selaut tak berpenghujung
agar kau tahu...
walau kecil dan tersorok ruang itu
tetap selesa untuk cintamu
berteduhlah
walau terlindung
jelas pada mata hatiku

~~danhayati~~
181112 0102am
                                            

Friday 16 November 2012

FISH N CHIPS

Assalamualaikum........
   dah kul 11:30am rupanya. tentu sibuk kedapurkan. maklum la nak siapkan persiapan untuk hidangan tengahari keluarga, atau ada yang nak ke majlis kenduri. cuti2 sekolah ni kan banyak kenduri kawin. Mesti ada yang tanya kenapa Yong mulakan sembang hari ni dengan gambar 2org ni.....hehehe, kalau tau dek deme berdua mesti bising ni. Ni la muka orang dah tak sabar nak makan tapi kena sabar dulu. Buah hati Yong ni, my hubby n my bujang. Yong tak masak tengahari hari ni sebab bagi deme ni makan pagi lewat pastu bagi kenyang terus.....bagus Yong.....bijak2.
   Pagi ni deme order nak makan western, so (dan dan speking london lak) yang paling simple adalah fish n chip. Stok sentiasa ada sebab memang semua isi rumah suka makan cam gini. Senang sangat untuk sesiapa nak cuba dan makan puas2. Kata anak Yong, makan kat kedai tak puas. Ni hentam puas2 kasi kenyang. Ibunya pulak memang nak senang je.....sabo je lah.
    Dalam set ni Yong siapkan ikan, kentang dan salad. lengkapkan...ada karbohidrat, protein dan serat. Yang spesial kat sini sos untuk salad tu. Ini kegemaran suami yong.....terbaekkkkkk kata dia. Tak de banyak resepi nak kongsi hari ni sebenarnya sebab memang simple. Memandangkan hari ni x de stok utk salad berdaun Yong guna apa yang ada dalam esbok je.....tomato, bunga kobis dan brokoli. Yong gunakan badam bakar untuk salad hari ni sebab gajus pun x de.....sesuka hati je kan. Tengok la gambar salad ni dulu ye
    Tapi kan....sori sangat ye sebab lupa langsung nak ambik gambar sos special tu. Lain kali Yong update masuk ya. Kalau nak sedap pakai la tomato ceri ye. Rangup je....OMG....sedapnya. Mula la merapu merabankan. Kalau suka mix vege pun boleh....yang nak makannya kita. Ikut sedap tekak masing2 ya. Bergantung pada budget semasa juga....hehehe. Kalau x mo salad ni, boleh je ganti dengan coselow. Janji best dan sedap. Okey kita layan gambar fish n chip Yong dan check resepinya. Boleh la buat lepas tu kalau sudi.
   TARAAAAAA>>>>>>>>> ni la hasilnya. Kalau deme berdua tu kata x kenyang saja la. Resepi time

FISH N CHIP

Ikan dori (frozen dari tesco @ giant)
2biji telur
Serbuk roti
Tepung gandum
Tepung jagung
Lada hitam serbuk
Garam
Lemon/ limau

~toskan ikan setelah dibasuh
~perapkan dengan jus lemon, garam n tepung jagung (sdkt) dan lada hitam
~sementara itu panaskan minyak (deep fryer)
~celup ikan dlm telur.....salut tepung.....celup telur lagi....salut ngan serbuk roti. buat sampai habis
~goreng terendam ya sampai masak

SALAD

Brokoli
Bunga kobis
tomoto
Kacang badam

~rebus semua kecuali badam
~letak garam dalam air rebusan
~kacang badam bakar ya 180'c 8minit

SOS

2sb mustard
1sb jus lemon
2sb mayonis
2sb extra virgin olive oil
garam

~gaul sebati....sebatikan rasa ya


KENTANG

beli dan goreng
~boleh hidang seperti mana yang anda mahu
~selamat menjamu selera

HUWAAAAAAAA........PADAN MUKA AKU. DALAM X MAU MASAK TENGAHARI TIBA2 DATANG TETAMU DARI PAHANG......KENA MASAK JUGAK






Thursday 15 November 2012

Selamat menyambut Maal Hijrah.
Semoga buku baru di hari baru menjanjikan mencatatkan yang terbaik buat kita semua.

   Ni nak citer sikit tentang hobi yong selain memasak yang bukan rajin sgt pun. Yong minat membaca dan menulis. Suka membaca novel, surat khabar, majalah, komik sekali pun. Abang kata, yong ni ulat buku. Insyaallah boleh berbual apa saja topik yang orang sembangkan

   Cuma kali ni yong cuma nak kongsi satu puisi yang yong tulis. Nak kata terbaik tu tidakla tapi cuba jadikan puisi ni antara yang baik. Ada group2 puisi yang yong join dan kongsikan puisi2 tulisan yong. Ada yang membantu membetulkan serba sikit yang terkurang.

   Malas nak tulis panjang lebar kali ni sebab takut hilang mood tuk baca puisi nanti

SUARA CEMBURUMU

Andai itu takdirmu
andai itu janjiku
beradulah dalam rindu
bersatulah dalam kalbu

lepaskan desah nafas penuh berapi
hilangkan getar suara penuh emosi
alunkan hembusan penuh berisi
buangkan debar berpaksi sangsi

hentikan suara cemburumu
lepaskan resahmu
hilangkan debarmu
hitunglah bahagiamu

itulah bukti kecintaanmu

~~danhayati~~
291012 0150am  
      

Wednesday 14 November 2012


Assalamualaikum......
 De sesiapa kat rumah x? yong datang nak nyembang ni. Nyembang kosong petang2 ni best juga. Maklumla cuti sekolahkan dah bermula hampir seminggu. Mana yang ada anak dah bersekolah tu musim cuti ni mesti riuh rendah rumahkan. Yang pastinya tentu mak2 menjadi manusia paling sibuk. X kira la anda seorang suri rumah atau bekerja. Kena pulak anak2 dah mula membesarkan.
  Yang pasti celik je mata budak2 tu soalan pertama mesti...."ibu masak apa pagi ni". satg dengar pulak....."mak masak lauk apa thari ni",.......x lama pastu..."umi, petang ni minum apa"..baru nak bernafas pulak..."mama, emmmm xkan makan nasi lauk thari lagi". Comfirm punyalah. Yong pun ada anak. Walaupun sorang situasinya sama juga.
  Pagi tadi yong buat sarapan yang sempoi jugak. Macam selalu. Malam tadi balik dari masjid, abang yong dengan baik hatinya telah membeli belah tanpa pengetahuan yong. Tapi dalam hati tu kemain lagi syok. balik tu dia terus masukkan semua benda ketempat yang sepatutnya. Alhamdulillah sekali lagi. Ye la x payah la kita kena mengemas. Sebelum tdo dia pesan dah....."abang ada beli roti arab , roti pita. Pagi sok masak la apa2 yang patut". Yong pun kata...."ok, set. pagi sok sarapan masak roti pita la, dah lama x buat". Tdo la dengan lenanya malam semalam.
   Pagi tadi balik dr pasar terus je buka esbok ambik bahan2 penting nak buat inti tuk roti pita. Dengan semangat wajanya terusla sediakan inti. Dah siap semua bahan yg perlu dan intinya baru la cari roti pita nak dibakar sebentar. Belek punya belek yg jumpa roti arab je. Tanya abang.....beli roti arab ke roti pita? Jawab dia, ada tu....rupanya dia main sedap cakap je. Alasannya simple je bila yong pok pet pok pet kat dia.....potong dua pastu belah je tengah roti tu buat poket. Aje sabo sesangat. Jadi ini lah kejadian semasa roti arabnya. Selamat mencuba dan makan ramai2 ya,






PIZZA ROTI ARAB
(utk 5kpg roti)

4 keping daging burger
3 batang sosej
1 labu bawang besar
1/2 cawan mix vege
1 1/2sb sos cili
1sb sos lada hitam
1sb sos tiram
kicap sotong
seasoning (utk burger tu)
serbuk lada putih
herba thyme dan oregano
mayonis
keju mozarella

tumis bawang yg didadu hingga kuning.
masukkan hirisan daging burger
bila agak masak masukkan hirisan sosej dan mix vege
masukkan sos cili, sos lada hitam, sos tiram, seasoning, serbuk lada dan kicap sotong.
rasa ikut kesesuaian lidah ya
sapu atas roti arab dgn sos cili
letak intinya
tabur thyme n oregano
paipkan mayonis
tabur cheese........bakar
yong balut bahagian luarnya dgn aluminium foil sbb x mo roti garing sgt
suhu 210'c selama 10minit. api atas sahaja.
bergantung pada oven ya

Monday 5 November 2012

PRATA TELUR







assalamualaikum
satu lagi menu simple dari yong kali ni. tapikan.....sblm tu yong nak minta maaf la kalau ada yg x selesa dengan cara penulisan yong, ada 2 3 org yang beri idea suruh buat lelucon sikit kat sini. mmg bernas idea tu tapi yong rasa susah sgt la. yong ni jenis happy go lucky orangnya tapi dalam hati ada taman.

kalau nak tau....yong ni tinggal x jauh dari hospital bahagia tanjung rambutan, jadi kami kena kontrol sikit. maklumla berjiran. x pasal2 isi borang free je. hehehe.....harap2nya boleh la terima pelan2 ya cara yong ni. nak reka lawak mmg x pandai.

k lah, kita sembang pasal resepi ni ya. ini resepi memang sesuai untuk sarapan atau makan malam bg yang x mau makan nasi. boleh la cuba ya.

PRATA TELUR
(utk 3 org)

3 keping plain prata (jenama kawan)
3 biji telur
1 labu bwg holland sederhana
1 biji cili masak
daun sup
lada putih

1/ masak prata sekeping demi sekeping
    ketepikan
2/ dadukan bawang, cili merah dan daun sup
3/ pecahkan sebiji telur....pukul sdkt
4/ masukkan sebahagian bawang, cili dan daun sup
5/ masukkan serbuk lada putih....sebatikan semua
6/ panaskan semula kuali leper
7/ tuang bancuhan telur td......ratakan
8/ ambik sekeping prata tadi letakkan di atasnya
9/ tekan sikit bg melekat
10/ pusing sekejap dan angkat bila masak
11/ gulung dan potong
12/ ulang langkah tadi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MP3