Translate

Pengikut

Monday 29 October 2012


Selamat pagi semua......
Ermmm hari ni baru sempat nak kongsikan resepi air asam untuk daging bakar tu. Mana sedapkan kalau makan x de air asam untuk cicahannya. Yang ni salah satu jenis air asam kegemaran Yong. Istimewanya sebab air asam ni menggunakan kerisik, Sesuai juga kalau nak dihidangkan dengan ayam masak ros atau ayam panggang. Cubalah ya kalau sudi.

AIR ASAM KERISIK

1 labu bawang besar sederhana (hiris nipis)#
1 biji cili masak (belah 2, hiris)#
6 biji cili padi (hiris)#
1 biji tomato besar (hiris)#
1 biji limau nipis
1 sb kerisik
belacan
garam

gaulkan bahan bertanda #. sebati masukkan belacan, kerisik,garam dan air limau. picit dan sebatikan semuanya. rasalah mengikut kesesuaian. senang je kan

DAGING BAKAR



Salam Aidiladha semua....
Memandangkan ramai yang buat korban sempena raya haji ni banyaklah daging yang kita dapat. Ini menu pertama sempena korban aidiladha ni. simple je dan sangat mudah. Dah memang taglinenya pun yang sempoi2 je. Sesuai sangat pada sesiapa yang jenis macam Yong ni suka yang sedap tapi senang dan murah. Rasanya semua tau cara nak bakar dagingkan, cuma bergantung pada resepi tersendiri.

Ini salah satu dari resepi kegemaran anak dan suami Yong. Kata abang Yong makan daging bakar ni sampai "mencobak cobak peluh". Faham ke weiiii.....orang perak kata sampai meleleh peluh. Tu tandanya sedap dan power la....hahaha. Sesuka hati je muji diri sendiri. X kisah la kan. Buat dulu pastu rasa sendiri la peluh mencobak2 tu...

Mai kita check resepinya......

DAGING BAKAR

500gm daging batang pinang
2batang serai
1 inci halia
1 labu bwg merah sederhana
3 ulas bawang putih
1 sb lada hitam
garam
gula perang
minyak

Yong guna daging batang pinang jd Yong potong kepada 5 bahagian je. Dagingnya lembut dan senang masak
Serai, halia, Bwg merah, bawang putih dan lada hitam ditumbuk lumat. masukkan gula perang, garam dan minyak. Gaul sebati. Rasa ikut kesesuaian lidah masing2 ya. perapkan pada daging sekurang2nya sejam.
Yong suka bakar menggunakan arang dari guna oven. Yong jatuh cinta pada bau asap dan kegaringan dr api tu. Terpulang pada anda untuk bakar sampai garing atau sekadar masak ya. Kalau nak yang garing potong daging biar nipis. selamat mencuba.....

#####kalau nak tukar kepada ayam gantikan gula perang kepada gula putih#####

Wednesday 24 October 2012

PUFF DAGING



Assalamualaikum. entri pertama sejak blog ini di on kan. maaflah jika banyak kekurangan dan kelemahan. belajar pelan2 kata orang. harap ada yang sudi membaca dan mencuba resepi2 saya. mudah untuk anda cuba sebab saya suka pada resepi yang simple, cepat dan sedap. x mau berceloteh panjang buat kali pertama ni. selamat berkenalan dan selamat mencuba resepi2 saya nanti.

PUFF DAGING SIMPLE
(utk 6biji)


6 keping puff pastri (kawan)
200gm daging kisar (ramli)
1 labu bawang holland sederhana
1/2 cawan mix vege
1/2 cawan susu segar
1helai daun bay
1 biji cili merah besar cincang
sedikit parutan keju cheddar
sedikit parutan keju mozarella
garam (jika perlu)

potong dadu bawang dan tumis. apabila layu masukkan daging dan goreng sampai hampir masak. pastikan daging tidak berketul2. masukkan daun bay, mix vege,cili dan susu. bila hampir pekat masukkan sdkt parutan keju cheddar. rasa mengikut citarasa masing2. sejukkan seketika.
sementara itu panaskan oven pada suhu 190'c. gelek sdkt pastri puff. jangan lupa taburkan tepung sebelum gelek untuk elakkan dr melekat. masukkan dlm acuan yang bersesuaian. masukkan inti dan tabur keju mozarella. sapukan eggwash pada pastri. bakar selama 25minit, ikut oven masing2 ya. selamat mencuba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MP3